catatan pelajar senja: praktikal
lama aku tak mengetuk jari jemari ini di papan kekunci. terlalu banyak urusan kerja perlu diutamakan. masa banyak dilabur dan ditabur demi segulung sijil yang aku impikan. ya, satu perjalanan yang lama aku tak catitkan. tak mengapalah. apa pun semangat nak menulis dan berkongsi dalam blog mula bercambah kembali. bila semangat dah datang ni baru seronok nak mengarang... pengalaman masa praktikal, semester terakhir sebelum menamatkan pengajian banyak mempertajamkan skill perkhidmatan pelanggan dan banyak membuka mata dan minda. satu pengalaman yang sememangnya aku dambakan selama ini. bayangkan, satu perniagaan yang tak pernah terlintas difikiran. khemah yang boleh memberikan satu aliran pendapatan dan boleh menjadi sumber pendapatan. seakan satu perancangan dari yang maha esa untuk aku. dalam diam aku bersyukur. disebabkan kebanyakan pengunjung dan tetamu yang datang kebanyakannya berbahasa inggeris, maka masa praktikal ni jugalah menjadi medan untuk aku mengasah kefasihan berkomunikas