Kisah Bapa Yang Luar Biasa
Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini. Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta' Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan. Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swa...