Kos Pengajian di IPTA

"A gift of love is education" Hari ini mari kita kira kos pengajian di IPTA. Saya mengambil contoh kos pengajian di UPM. Klik Yuran Pengajian UPM untuk tengok detail. Katakan kita merancang untuk anak kita menjadi doktor. Yuran semester pertama : RM494 + RM850 + RM657.50 + RM640 (yuran asrama) = RM2641.50 Untuk semester 2 hingga semester 10 = RM2147.50 Total yuran pengajian selama 10 semester RM21,969. Itu tidak termasuk duit makan minum dan buku. Makan minum dan buku anggaran RM500 sebulan x 10 semester = RM5000. Jadi kos pengajian dan sara hidup di UPM adalah RM26,969. Dibundarkan menjadi RM27,000. Ini adalah kos pengajian pada tahun 2012. Mari saya masukkan angka-angka ini pengiraan seterusnya. Contoh Kes 1 : Anak berumur 2 tahun. Ada lagi 16 tahun untuk ke universiti. Kos pengajian dan sara hidup RM27,000 pada 2012 akan menjadi setara dengan RM76,799 pada tahun 2028 setelah mengambil kira kos inflasi sebanyak 3% setahun. Jadi, kita ada selama 16 tahun untuk menyimpa...