Posts

Showing posts from May, 2012

Jom Jadi Orang Luar Biasa.

Image
Percaya tak dalam hidup kita ini kita boleh pilih untuk gembira untuk sedih untuk stress untuk bahagia dan untuk segala-galanya. Rahsianya??? Sikap dan cara kita berfikir. Sebagai pelajar, bila ditanya kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh? Jawapan orang biasa : Mak saya suruh belajar. Jawapan orang luar biasa : Saya nak cari ilmu banyak-banyak dan berkhidmat dengan masyarakat. Sebagai fresh grad, bila ditanya kenapa masih menganggur? Jawapan orang biasa : Dah apply, tapi dapat kerja semua tak best, shif pulak, gaji pun kecik. Tak padan dengan penat belajar. Jawapan orang luar biasa : Dah apply, dah dapat kerja bahagian customer service pun. Ingat nak kerja dulu 1-2 tahun belajar communicate dengan berkesan. Sebagai pelayan di fast food restoran, ditanya kerja apa dan best tak kerja situ? Jawapan orang biasa : Ala, kerja waiteres jek. Penat kerja dari pagi sampai malam. Jawapan orang luar biasa : Saya kerja di ***. Kerja memang penat tapi seronok jumpa banyak orang. lapipun saya

Tanam Pokok Duit

Image
Saya ingin menceritakan berkenaan seorang adik ini sebab kagum dengan adik ini, dan merasakan ingin berkongsi kisah adik ini. Adik ini dinamakan sebagai A, menghubungi saya melalui sms. Adik A ingin melabur sebanyak RM10,000 dan bulanan banyak RM300 selama 25 tahun. Jadi beliau mencari seorang konsultan yang juga pelabur supaya boleh mengurus dan memantau pelaburannya untuk jangkamasa yang panjang. Dalam komunikasi kami, banyak kali saya bertanya untuk pengesahan umurnya yang 17 tahun itu, anggapan saya mungkin A tersilap taip. Tapi selang waktu sebulan dua, saya tanya kembali, umurnya tetap 17 tahun. Sekarang melabur dengan fund house lain yang di JV bersama ibunya. Adik ini bekerja sendiri, mempunyai bisnes kecilan jadi boleh menyimpan RM300 sebulan bagi persediaan persaraan..(Bukan bisnes ceti haram yerr..). Apa yang saya kagum ni, walaupun adik ini berumur 17 tahun, beliau dah buat persediaan untuk pelaburan jangka masa panjang. Pada perkiraan kasar saya, adik ini akan mempunyai an

Belajar Diploma Percuma

Image
Ok. Posting ini agak special dari posting yang lain..posting ini tiada kaitan dengan kewangan atau kerjaya dalam bidang kewangan.. Posting ini saya nak mempromosikan sijil dan diploma yang percuma...ulang tulis lagi..PERCUMA.. Tujuan saya mempromosikan program ini bukan kerana saya agen kepada program ini atau wakil pengambilan pelajar.. tetapi kerana merasakan tanggungjawab untuk menolong adik-adik dan sahabat-sahabat untuk melanjutkan pelajaran dan kemahiran secara percuma.. Program ini adalah setaraf dengan program di IPTA..telah diiktiraf oleh JPA..maksudnya kalau lulus diploma, boleh la mohon program ijazah pula di IPTA lain..detail berkenaan program, sila rujuk poster kat atas ni.. Incase kalau tak nampak..boleh call 03-6091 5322 atau apply online di www.ikn.gov.my Apa yang saya nak tulis kat sini adalah perkara yang tiada dalam poster ini iaitu yuran...sehingga hari ini iaitu 7 Mei 2012.. Yuran pengajian sijil dan diploma adalah RM100 sahaja... Penginapan asrama adalah PERCUMA..