Posts

Showing posts from March, 2015

video gambar perjalanan cuti-cuti di borneo

Image
jalan-jalan ke borneo, gambar dalam bentuk video. latihan untuk kelas interpretasi pelancongan, semester 1, kursus Sijil pelancongan dan Pengembaraan, kolej Komuniti Kota Tinggi. Selamat Menonton!!

betapa tak sukanya aku dengan ulat tiket

ulat tiket, memang annoying, masalah yang tak pernah selesai agaknya. di mana pihak berkuasa? di mana SPAD, tolonglah, tak sanggup rasanya bila berjalan hendak membeli tiket bas ekspres tapi ulat-ulat ni dengan tak segan silu memanggil dan menarik orang yang lalu lalang untuk membeli tiket dari mereka... memang gangguan, ya, sememangnya gangguan. tak salah jika syarikat bas mahu meningkatkan jualan tiket, tapi tolonglah, itu bukan caranya. hinggakan sy yg baru turun dari bas pun ditawarkan tiket. tak sempat lagi cecahkan kaki ke tanah dah ada pertanyaan. adoiii... kadang tu sampai semput nak menepis pertanyaan diorang ni. lemah dan malas betul nak berhadapan dengan diorang ni. tahu tak, walau sekeras mana pun diorang berusaha, jangan haraplah aku nak beli tiket dari syarikat yang "menggajikan" ulat tiket ni. aku paham, ulat2 tiket ni hanya diberi komisyen tapi ada kalanya tingkah laku diorang ni biadap! memang tak la nak beli dari tiket syarikat bas ni.... buat semak je... ke

KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN

Aku rasa idea penulisan ini bermanfaat. Copy paste dari email marketing DSR Group!  ================================================================= [KISAH BENAR - TELUR EMAS SETIAP BULAN] Beli apartment A. Tahun 1 Monthly installment Apartment A - RM1,200.  Sewakan pada RM1,700.  Duit gaji direct bayar installment. Duit sewa buat saving.  Cukup setahun dah boleh kumpul  RM20,400. Tahun 2 Modal terkumpul  RM20,400 .  Target beli apartment B. Target harga RM160k.  Alhamdulillah dapat below market. Boleh markup loan. Dapat balik modal RM20,400. Sewa apartment B cukup-cukup boleh bayar installment. Tapi possibility untuk appreciation lebih tinggi.  Apartment A - Naikkan sewa RM1,800.  Cukup setahun dapat kumpul RM21,600. Total saving selepas setahun =  RM42,000 . Tahun 3  Modal terkumpul RM42,000. Repeat step di atas.  Target Apartment bernilai RM300,000. Tahun 4  Repeat step di atas. Refinance Apartment A.  Target Condo bernilai RM500,000 pula. . . . . Dan begitulah seterusnya.. sampail

tak makan kerak roti?

saya mkn semuanya, termasuklah kerak sebelah luar roti dan agak terkilan kalau nampak bahagian ni dibuang ke dalam tong sampah, rasa sedih sangat makanan buat camtu, mungkin mereka tak pernah rasa lapar terputus makanan, wallahuaalam. entahlah... memang agak emosi bila "membuang makanan" ni... pernah sekali rasa sayu membuang nasi basi yang tak termakan... terbayang diri sendiri pernah "terputus bekalan makanan dan wang"... terasa nak menitik air mata ni.... apa pun, inilah realiti kehidupan, masing masing ada cara Dan pandangan tersendiri...

satu petang di Kota Tinggi, jom main buih sabun

Image
seronok pulak tengok bebudak ni main belon buih sabun ni. teringat zaman kecik-kecik dulu... lagi satu dulu buih-buih ni kecik-kecik jer....

kad matrik, lama dah tak pakai, rasa kekok bercampur sedikit ecited

Image
mungkin ramai dah tahu, saya dah bergelar pelajar hampir sebulan lepas... seorang pelajar sijil pelancongan dan pengembaraan, kolej komuniti kota tinggi. dan hari ni... dapatlah kad matrik ni ha... ermhhh lain macam rasanya, maklumlah... dah lama sangat tak pakai "kad pengenalan pelajar" nih... walaupun usia menginjak siri 4, dan berada di kelas yang rata-rata berusia di bawah 25 tahun, alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri. kadang kala terasa muda, kadang kala terasa berusia (taknak guna term TUA, hahahah) walaupun tempoh kelas sama seperti pekerja pejabat (8am hingga 5pm, dan biasanya tamat sekitar 430pm) masa berlalu begitu pantas hinggakan tak terasa langsung. mungkin rasa seronok dengan gelagat rakan-rakan sekelas yang menghiburkan menjadikan masa begitu cemburu.... apapun, hampir sebulan di kolej komuniti ni, memang happening... kenapa lah masa habis SPM dulu tak dikenalkan dengan konsep kolej macam ni... mungkin ada hikmah disebaliknya... untuk pelajar-pelajar lep

tips GST, tips ni berguna

Tips GST 1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.  2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.  3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut  betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.  4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli. Sekian, terima kasih... dapat dari media sosial! 

brand new day, brand new week, brand new classroom

Image
ahli keluarga pelajar semester mac semakin bertambah. kelas asal yg penuh keselesaan, dengan kemudahan meja terpaksa dilupakan dengan pertambahan ahli keluarga. 14 orang semuanya. tak seronok sungguh, hilang dah pemandangan luar yang cantik... isskkk tak best dah. tapi demi ilmu, layankan ajelah... pssttt... nasib baik boleh bukak lappy dan HP.... asalkan pandai-pandai "cover" dan laman utamanya adalah encik google....

gambar-gambar sekitar lawatan menteri Pelancongan ke homestay kampung temenin baru, kota tinggi

Image
wajah ceria para senior sebelum memulakan perjalanan we are juniors, classmate penulis, memang kami suka bergambar sebelum bertolak, kata aluan dari pensyarah dalam perjalanan ini...  cewah... feeling2 nyanyi lagu ekamatra plak... update facebook/twitter/wassap ke bang... ke hantar report utk yang "tersa....." hihihihii selamat datang ke Homestay Kampung temenin baru... "kami tetap suka bergambar" senir-senior di Kolej Komuniti memang sporting! orang kuat Kampung Temenin Baru classmate penulis pun sporting jugak! walau kami dijemput, kami tetap "ringan tangan dan tulang" kami membantu dengan senyuman....  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sempat juga kami "belajar" membakar ikan sempat juga penulis mengambil gambar ni dalam kesibukan persiapan dan hujan gerimis terjumpa sebiji buah markisa (passion fruit) kalau buat jus memang kegemaran penulis sebahagian tenaga pengajar kolej Komuniti yang hadir kumpulan kompang dah bersedia menyambut ke

kalau kita bosan dengan lawak yang sama, kenapa kita tak boleh bosan menangis?

Image
kata-kata takde hikmah : sila "baca" gambar dibawah dan tanya diri kenapa tidak? stop crying, wake up and standing strong! kalau ayat jiwangnya... hapuskanlah airmata mu.... 

gambar gambar sekitar program kem mahabbah anjuran jakim di mutiara motor resort, tanjung sedili

Image