Posts

Showing posts from August, 2015

sedapnya nasi lemak ikan selar kuning goreng

Image
salam mesra, tangan gatal lagi nak menulis, kali ni nak tulis pasal nasi lemak ikan selar kuning goreng. menu yang agak jarang ditemui di negeri-negeri lain selain negeri Johor. menu ini amat popular untuk sarapan di johor dan jika terlambat, alamatnya peniaga senyum je lah, dan ayat terbaik yang terpacul mulut dari peniaga, "dah abis lah dik" ditambah dengan kesukaran mendapatkan bekalan ikan selar kuning, membuatkan hidangan nasi lemak ini agak terhad. namun, untuk penggemarnya, datang awal bukanlah satu kekangan demi menikmati keenakan dan keunikan menu ini. bertambah enak dinikmati bersama teh tarik atau kopi pekat... perghhhh.... oleh itu, jika anda ke johor, cuba-cuba tanyakan menu ini. jika anda bertuah, anda akan dapat merasai keenakannya...

i miss travel

Image
rindu dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel... bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya... terbang di awan biru rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh.... rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai... masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati...  hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu.... reflection oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien

reef in my heart 2, tahniah kepada kolej komuniti kota tinggi

Image
sesekali menulis, kali ni nak cerita tentang program reef in my heart, program menanam dan memulihara terumbu karang ini bertitik tolak dari idea dan hasil usaha pensyarah di kolej komuniti kota tinggi yang mahu membuat program membina sahsiah pelajar kolej yang mengambil kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan di kolej ini dan program ini telah menjadi satu fenomena dan mendapat liputan akhbar. antara artikel liputan akhbar program ini, bolehlah klik di link yang disenaraikan di bawah... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/meneruskan-kelestarian-marin-1.63989 http://ww1.utusan.com.my/utusan/Johor/20141001/wj_05/Enam-tukun-tiruan-diletak-di-perairan-Pulau-Mentinggi http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/kerja-kerja-melabuhkan-tukun-tiruan-di-dasar-laut-merupakan-antara-1.63987 rasa amat bertuah jadi salah seorang pelajar di kolej komuniti kota tinggi ini. walaupun hanya satu kursus yang ditawarkan, iaitu kursus Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan, program seperti ini

kesibukan belajar semakin mencengkam, rindu pada dunia pekerjaan semakin kuat

Image
salam, hari raya masuk ke minggu akhir, masih ada rumah terbuka di waktu2 kecederaan ni. ni pun sempat menulis lagi tatkala bersiap sedia nak ke rumah terbuka. jemputan seorang rakan yang jarang-jarang jumpa. mungkin jarang coretan menerjah ke laman ni. sibuk? tak juga, malas, mungkin juga. tapi, biarlah, apapun, kegembiraan yang seharusnya dipancarkan dan dikongsi bukan kesedihan dan duka lara. baru dunia bertambah ceria... sebelum merapu panjang, kehidupan sebagai pelajar, memang banyak suka duka. lebih-lebih lagi menjadi pelajar diusia penghujung 30an (walaupun jiwa masih 25, hehehe). tak mengapa. tetapi, aku merindui dunia pekerjaan. rindu nak berjumpa orang sekeliling, rindu nak bercakap dengan rakan sekerja. Almaklumlah, hampir 2 tahun dunia professional ni aku tinggalkan... dan buat masa ini, sekadar kerja-kerja part time... agak lumayan juga buat kerja-kerja part time ni, walaupun tak selumayan kerja tetap macam dulu-dulu, alhamdulillah lepas juga bayar yuran dan belanja makan.