Posts

aktiviti kolej terakhir, mini tourism skills challenge, sneak peek hadiah pertandingan

Image
program terakhir pelajar kelas semester 3 (akhir) kolej komuniti kota tinggi, untuk subjek ko kurikulum (sukan). hadiah hadiah yang akan diberikan kepada peserta... lumayan wooo... program yang diberi nama mini tourism challenge, direka untuk mendedahkan pelajar mengaplikasikan dan berkongsi pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka di kolej. detail pertandingan masih dirahsiakan... tunggu hari pertandingan lah ye.....

jb tour, hari ni jadi pelancong

kami pelajar pelancongan! hari ni di "paksa rela" untuk menyertai program jb tour untuk pelajar semester 2 untuk subjek komentar pemandu pelancong. satu subjek yang mendedahkan pelajar untuk merasai bagaimana menjadi seorang pemandu pelancong Dan merasai pengalaman membawa pelancong. Dan hari ini, kami pelajar semester menjadi pelancong disebabkan tiada tugasan yang diberikan... ha-ha jadi hari ini kami hanya "enjoy Dan bergembira" walaupun hampir sepanjang masa lawatan hanya berada di dalam bas, sudah pasti kami hanya akan bergembira menikmati perjalanan sambil menyaksikan pelajar semester 2 membuat komentar. selepas habis lawatan nanti aku ceritakan pengalaman sepanjang lawatan ini... bersambunglah...

jimat sehingga 70 peratus kos membawa bagasi berlebihan ketika travel ke luar negara.

melancong keluar negara, dah tentu banyak cenderahati dan cenderamata juga kiriman dari kawan-kawan kan. yang kirim macam-macam barang, belum lagi yang kaki shopping atau ke luar negara sememangnya nak shopping... tapi bila nak balik, dari satu beg kecil yang mungkin beratnya tak sampai 5kg, dah melambak sehingga berbeg-beg jumlahnya.... dan menambah masalah lagi, baggage allowance untuk syarikat penerbangan kebiasaanya hanyalah 25kg! dah tentu, excess baggage menjadi satu masalah bila kita nak membawa pulang, dah terfikir pula caj yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan jika kita check in beg-beg tadi. mana tidaknya, bekalan wang yang dibawa sudah hampir habis. adakah korang sanggup membayar caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan? sudah tentu tidak kan... mahu menghantarnya menggunakan perkhidmatan courier, cajnya mungkin masih mahal, jadi apa alternatif terbaik? jawapan ini aku dapat ketika dalam pengajian. perkongsian oleh pensyarah yang dah biasa mengurus dan membawa pe...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 6

sambungan kisah pelajar senja dari episod 5 aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal. 3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan. sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong da...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 5

sambungan dari episod 4... terhenti seketika kisah catatan seorang pelajar senja, pemergian ibu ketika program di KLIA benar-benar menghentikan mood aku nak menaip... buntu, terkejut, tersebak, dan kesibukan membantu adik beradik lain dalam menguruskan majlis tahlil membataskan jejari ni nak menaip.... sebelum aku teruskan menaip, Al-Fatihah buat arwah... yang pergi akan pergi, yang tinggal teruskan kehidupan hingga tiba masanya untuk pergi... cukuplah titisan air mata... bina semangat baru, kejarlah cita-cita. cukup.. kita fokuskan dengan dengan sambungan di episod 5, morning star plan, bila merasakan tiba masa untuk keluar dari keadaan. kerja dicari dan aku... bersedia untuk menyambung pengajian. panggilan ketika aku mandi pagi benar-benar membuatkan aku mengusap lega. tercapai juga cita-cita aku nak sambung belajar walaupun hanya di peringkat sijil!.panggilan dari pihak kolej komuniti benar-benar membuatkan aku rasa teruja untuk menyambung pelajaran aku yang dah berbelas tahun terta...

al fatihah, satu kehilangan

22 januari 2015.... alfatihah utk ibu... ibu pergi dengan tenang... tenang wajahmu tatkala aku mengucup dahimu... aku sebak.... belum aku sempat berkongsi kejayaan ku menggenggam segulung sijil... segulung sijil yg aku mahu jadikan hadiah... demi sebuah senyuman... senyuman yang terukir di wajahmu... sesungguhnya aku mahu kau merasa bangga... yang anakmu mampu menebus kegagalannya... ibu... aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik... tetapi aku mahu menjadi seorang yang lebih baik... ibu... ku tahan titisan air mata... aku tidak mahu menangis tatkala menatap wajahmu... buat kali terakhir... walaupun hati ku menangis kesebakkan... ibu... tenanglah dikau.. dipayungi rahmat yg Maha Esa Al Fatihah...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 4

Image
sambungan dari episod 3 hari ini kami memulakan perjalanan untuk lawatan teknikal di KLIA2, juga untuk latih amali pengangkutan pelancongan (pelajar semester 2) dan subjek tempahan dan tiketan (assignment operasi di lapangan terbang). beginilah pelajar sijil pelancongan di kolej komuniti... baiklah... teruskan dengan sambungan kisah sentap.... kisah sentap tu menyebabkan aku membulatkan tekad untuk aku terus melangkah. walaupun teragak-agak, aku bulatkan tekad untuk aku berhenti! aku tak sanggup lagi.... apatah lagi bila kata-kata ini tengiang-ngiang di telinga.... "kalau pergi kerja pun terpaksa seret kaki, lebih baik berhenti!" dan ditambah dengan video motivasi ini... YES!!! i dare to dream!! wake up and go out of you comfort zone! masa tu aku berkira-kira untuk berniaga.. tak kisahlah, nak berniaga apa pun... but... ermm its fails with flying darkness! terus aku switch to 2nd option, JUAL BARANG ANTIK!, nasib baik aku pernah berkenalan dengan seorang peniaga barang antik ...