Rahsia Strategi Unit Amanah
Antara strategi pelaburan Unit Amanah. Ringgit Cost Averaging Portfolio Re-Balancing Swicthing Compound Interest 1. Ringgit Cost Averaging Dengan kata lain, anda melabur sejumlah wang yang tetap secara berkala setiap bulan selama beberapa bulan atau tahun . Mengapa strategi ini berkesan? Pasaran saham, walaupun ada minggu, atau bulan, atau tahun yang teruk, tapi sejarah menunjukkan bahawa ia akan naik dan terus membentuk trend menaik. Bila kita membeli saham unit amanah dengan amaun yang tetap setiap bulan, kita akan membeli lebih banyak saham semasa harga menurun, dan sedikit saham semasa harga menaik. Contohnya, dengan RM100 sebulan, anda membeli 500 unit saham semasa ia berharga 0.20sen dan 400 unit saham semasa harga 0.25sen. Jadi, dengan RM200, anda sebenarnya telah membeli 900 unit saham dengan harga 0.22sen seunit. Anda sebenarnya telah mengurangkan risiko membeli saham pada harga tinggi dengan membeli saham pada harga rendah. Dalam kes ini, jika anda membeli saham pada harga 0