Rahsia Strategi Unit Amanah

Antara strategi pelaburan Unit Amanah.


Ringgit Cost Averaging
Portfolio Re-Balancing
Swicthing
Compound Interest



1. Ringgit Cost Averaging

Dengan kata lain, anda melabur sejumlah wang yang tetap secara berkala setiap bulan selama beberapa bulan atau tahun.

Mengapa strategi ini berkesan?

Pasaran saham, walaupun ada minggu, atau bulan, atau tahun yang teruk, tapi sejarah menunjukkan bahawa ia akan naik dan terus membentuk trend menaik. Bila kita membeli saham unit amanah dengan amaun yang tetap setiap bulan, kita akan membeli lebih banyak saham semasa harga menurun, dan sedikit saham semasa harga menaik.
Contohnya, dengan RM100 sebulan, anda membeli 500 unit saham semasa ia berharga 0.20sen dan 400 unit saham semasa harga 0.25sen. Jadi, dengan RM200, anda sebenarnya telah membeli 900 unit saham dengan harga 0.22sen seunit. Anda sebenarnya telah mengurangkan risiko membeli saham pada harga tinggi dengan membeli saham pada harga rendah. Dalam kes ini, jika anda membeli saham pada harga 0.25 sen dengan RM200, anda hanya dapat 800 unit saham sahaja, berbanding 900 unit saham dengan cara DCA.
Strategi DCA secara tidak langsung mengurangkan risiko anda melabur secara lump sum dan membuat belian saham pada masa yang salah (contohnya semasa harga tinggi). Dengan strategi DCA, anda tidak perlu risau jika pasaran naik, atau pasaran turun. DCA akan memuratakan risiko anda.

Bagaimana dengan market timing?
Anda mungkin bertanya, “Dah tahu saham tinggi, kenapa beli? Kenapa tak beli masa harga rendah?”. Saya ingin melontarkan balik soalan kepada anda, “Anda tahu ke bila harga paling rendah atau paling tinggi?”  Anda mungkin perlu kuasa luar biasa untuk meramal masa depan, dan dengan kuasa itu juga anda boleh tahu bila harga tertinggi, dan bila harga terendah. Masalahnya, anda ada kebolehan meramal harga ke?
Kalaulah betul orang boleh meramal harga, sudah pasti ramai tukang tilik yang sudah kaya raya sekarang!

Oleh sebab itulah, para profesional dalam pelaburan mencadangkan strategi DCA sebagai strategi pelaburan terbaik, tanpa perlu risau akan turun naik pasaran saham. Tiada siapa yang tahu bila harga tertinggi, dan bila harga terendah. DCA akan memuratakan kos pelaburan anda sepanjang anda menggunakan strategi ini.

 

2. Portfolio Re-balancing


Contohnya :

Mulakan dengan pelaburan 50% ekuiti dan 50% fixed income fund.
Setahun kemudian, pelaburan ekuiti untung dan naik sampai 80%, fixed income jadi 20%. Jadi jual ekuiti 30%, invest dalam fixed so portfolia balance balik.



3. Switching

Switching boleh dirujuk sebagai proses memindahkan pelaburan dari satu dana pelaburan ke dana pelaburan yang lain di bawah syarikat pengurusan yang sama.

Switching dilakukan apabila berlaku perubahan di dalam senario pasaran saham. Tujuan switching dilakukan adalah untuk mengekalkan keuntungan yang diperolehi (atau profit locking) ataupun untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung (atau stop loss). Oleh kerana mungkin terdapat kos atau caj yang terlibat apabila melakukan switching, bilangan switching yang dilakukan perlu dihadkan supaya keuntungan anda dapat dimaksimakan. Berapa kerapkah switching yang perlu kita buat? Ia bergantung kepada keadaan pasaran saham semasa. Cuma, perlu diingatkan bahawa ada kos atau caj yang terlibat. Oleh itu, minimakan kekerapan switching dana anda.


4. Compound Interest

Cuba kira gunakan calculator link di bawah.
Jika masuk Unit Trust, permulaan RM1000, bulanan RM100, dividen purata 15%, selama 25 tahun. Total deposit untuk 25 tahun adalah RM43,751.04. Tolak lagi inflasi 3%.
Hasilnya : RM387,408.51



Then,  kira lagi jika masuk ASB, permulaan RM44K (bagi sama dengan total deposit dalam Unit Trust),  dividen 7% setahun, selama 25 tahun.
Kat sini boleh buat perbandingan untuk dapatkan hasil jika dividen berlainan peratus.
Hasilnya RM238,807.04 ( ini belum tolak inflasi 3% setahun)


Itu kalau ada RM44k nak masuk ASB sekali gus la.
Jika masuk RM10K, 7% dividen, 25 tahun baru RM54,274.33.
Belum tolak inflasi lagi.


Kat sini jika nak tengok perbandingan untuk peratusan dividen yang berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!