Posts

Showing posts from March, 2012

Okey ke Meminjam Untuk Pelaburan?

Image
Okey ke meminjam untuk pelaburan? Ni tak payah jawab pun dah tahu jawapannya. "TIDAK OKEY meminjam untuk pelaburan" Kalau ada UTC yang gatal-gatal suruh buat loan sebab nak buat investment, "sekolahkan" je dia. Sebab, kalau meminjam untuk melabur akan mengurangkan 'hasil' pelaburan. Dah tentu la dividen pelaburan 'dihakis' dek interest loan tu. Contohnya, pinjam RM50,000. 20 tahun. Bulanan RM329. Bank bagi rate BLR-1.65 jadi kadarnya 4.95 % So k alau tidak amik dividen tiap-tiap tahun tu, dapat la lepas 20 tahun nanti RM261,263. Betul ke? Oh..No No No..Jangan lupa ini loan, so ada bahagian yang kena bayar bank.. Kalau tak meminjam, tapi buka akaun RM1000. Simpan 20 tahun. Bulanan RM329. Dengan purata rate 12% saja la ( nanti bagi tinggi2 terkujat pulak). Lepas 20 tahun, dapat RM285,427...Betul ke??? Betullll..ini semua duit anda, tak payah bayar bank pun.. (Sesapa ada smartphone, sila download financial calculator dan masuk sendiri figure) Pehtu, rug

Yuran Pengajian IPTS di Malaysia

Image
Semua ibu bapa inginkan pendidikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Semua ibu bapa inginkan tempat pengajian yang terbaik untuk anak masing-masing dan kalau boleh tu di IPTA yang berprestij dengan biasiswa dari korporat atau JPA. Tetapi adakah semua anak-anak yang cemerlang itu mendapat tempat di IPTA beserta biasiswa. Yang paling penting, adakah anda bersedia untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak anda? Untuk langkah selamat, mari kita membuat pelan pengajian untuk anak masing-masing. Ambil satu kolej atau universiti swasta. Saya pilih Taylor's University dan KDU College untuk rujukan la. Taylor's University : Diploma Senibina RM73K dan Ijazah Senibina RM105K. KDU College : Diploma Business Admin RM33K, Diploma Accounting RM 38K dan Diploma Mass Comm RM45K. Ijazah Business Management RM65K. Itu baru yuran pengajian. Kalau termasuk sara hidup pulak macam mana. Course untuk diploma 2-3 tahun. Course untuk ijazah 3-4 tahun. Kalau RM1000  diperlukan sebulan untu

Selamat ke Kerja Makan Gaji.

Image
Selamat ke kerja makan gaji? Kalau zaman mak bapak kita, generasi dahulu mungkin selamat la kerja makan gaji. Terutamanya yang ada ijazah. Sebab orang dulu-dulu tak ramai yang ada ijazah. Zaman sekarang ni lain, yang ada ijazah ni ramai sangat dah. Ditambah lagi dengan ekonomi global pun tak menentu. Memang tiada jaminan lagi untuk job security ini. Kerja di sektor awam pun tiada jaminan lagi, tambahan pula sekarang kerajaan sedang mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Tema sekarang 'Perkhidmatan Awam  Kejat' namanya. Skim SBPA yang dibatalkan oleh PM tempoh hari mengariskan yang penjawat awam boleh diberhentikan melalui 'Exit Policy'. Walaupun SBPA batal, saya berpendapat Exit Policy akan diteruskan di masa akan datang. Solutionnya ialah dari sekarang mesti ada rancangan untuk financial security memandangkan job security dah tiada. Baca la buku Rich Dad Poor Dad untuk dapatkan konsep yang jelas berkenaan perkara ini. Bayangkan, anda ada diploma dan degree dalam bidang pr

Nak Berjaya Kena Berusaha

Image
Kalau nak berjaya kena berusaha. Pernah dengar tak cerita budak yang pemalas tetapi suka berangan nak kaya. Sinopsisnya macam ni la lebih kurang. Si Awang ni hari-hari berangan saja kerjanya. Berangan nak kaya tetapi malas nak kerja. Keluarga Si Awang ni ada tanah yang luas tetapi bapa dia dah tua dan banyak tanahnya terbiar saja. Bila bapa dia meninggal dunia, ibu Si Awang ni pun panggil anaknya tu dan bagitahu yang arwah bapanya berpesan yang dia ada tinggalkan harta karun kat tanah mereka yang luas ni untuk warisnya. Si Awang pun teruja, dia mula la mencangkul mengorek dan memunggah kawasan tanah yang luas tu tapi masih tak jumpa harta karun tu. Alang-alang dah tanah tu dibersihkan, terus saja Si Ibu beritahu yang sementara tak jumpa harta karun tu, tanam la sayur-sayuran dan buah-buahan, mana la tahu nanti ada terjumpa harta karun. Si Awang ni walaupun malas bekerja tapi dia sayang ibu dia dan ikut cakap ibu dia. Tak lama kemudian, tanaman pun mengeluarkan hasil. Si Ibu pun minta S

Rahsia Pelabur Bijak : Kenali Prospektus

Image
Kalau nak buat pelaburan, sangat la digalakkan supaya baca prospektus dahulu. Bila dah dapat prospektus, dah tak tahu apa pulak nak tengok sebab banyak sangat info. So, banyak sangat info..dah tak paham pula..Macam mana ni? Saya bagi tips ringkas berkenaan perkara yang perlu dilihat dalam prospektus. Apa itu prospektus? Dokumen penting yang boleh bantu kita buat keputusan sebelum melabur. Selalunya akan diiringi oleh adiknya seperti Quaterly Fund Review (QFR) atau Interim. Dimana mahu dapatkan prospektus. Di laman web Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau klik ajer kat SINI Objektif Pelaburan Pastikan objektif pelaburan itu sesuai dengan objektif anda. Strategi Pelaburan. Lihat asset allocation dan strategi pelaburan serta peruntukan asset. Profil Pelabur. Pastikan profil pelabur anda sesuai dengan profil dana. Prestasi kewangan. Panduan yang sangat berguna, terutamanya dana lama yang telah menghadapi tahun-tahun kesukaran ekonomi. Yuran dan caj perkhidmatan. Pastikan anda tahu caj perk

Apa beza Public Mutual dengan mutual fund lain.

Image
Apa beza Public Mutual dengan mutual fund yang lain? Sama jek invest dengan Public Mutual atau yang lain tu. Betul ke sama saja invest dengan Public Mutual dengan company lain. Macam naik kereta la, naik kereta cap ayam ker, cap ikan ker, cap burung ker, cap singa boleh jugak sampai dari Perlis ke Johor. So, boleh la beli mana-mana kereta. Betul ke macam tu? Betul kerrrr??? Kalau nak beli kereta mesti la kita pilih betul-betul kan. Nak yang harga ok. Yang high performance. Yang maintenance kos rendah. Yang customer service support yang ok selepas jualan. Yang branch atau services center banyak sebab senang nak service kereta. Yang dapat banyak award. Yang ada added value. Betulkan macam tu? Sama la dengan mutual fund. Kalau nak beli, beli yang harga ok tapi high performance macam dana siri Public Islamic. Syariah compliant lagi. Yang maintenance rendah  (servis caj rendah), cuma 5.5% saja. Yang dapat banyak award, cuba tengok sini . Yang banyak office support, kan banyak branch Public

Langkah Pertama

Image
Langkah pertama selepas lulus exam dan dan dapat lesen ialah bercakap kepada keluarga dan kawan-kawan berkenaan unit trust. Itu ialah warm market. Maksudnya, dengan orang yang kita kenal. Mungkin kawan-kawan kita tak pernah dengar pasal mutual fund atau tak pernah ada orang approach dia. Atau kawan-kawan tak invest sebab tak kenal mana-mana UTC. Atau kawan-kawan yang pernah invest tapi UTC dia hilang atau sudah tidak memberikan servis yang baik kepada dia. Mula dengan kawan-kawan dan orang sekeliling kita dahulu. Dulu masa belajar berjalan. Kita mula dengan langkah pertama dahulu. Kalau jatuh pun kita bangun balik kan? Sekarang dah boleh berlari pun. Macam itu juga bila jadi UTC. Kita mulakan dengan langkah pertama iaitu keluarga dan kawan-kawan kita. Kongsi dengan mereka berkenaan pelaburan dengan mereka. Kalau mereka tak melabur pun tak apa, tapi kita dah kongsi. Dah praktis bercakap. Dah confident untuk bercakap lagi berkenaan pelaburan. Kalau nak bercakap dengan orang yang kita ken

Paling Sesuai Jadi UTC Kalau Ada Anak Kecil

Image
(Photo kredit to fotolia) Sebenarnya, mama yang ada baby dan anak kecil la PALING SANGAT SESUAI sekali berkerjaya sebagai UTC . Masa bekerja yang fleksibel. Nak kerja 4 jam sehari. Nak kerja 4 hari seminggu. Nak kerja 10 hari sebulan. Ikut la kesesuaian mama ni. Sesi latihan dengan syarikat pun boleh dirancang ikut masa kita juga. Kalau mama bekerja di pejabat. Awal pagi dah kena bangun. Kena terkocoh-kocoh hantar anak ke neseri. Petang nak balik jammed lagi, penat tu. Nak ambil anak lagi. Nak masak lagi. Nak selesaikan kerja rumah lagi.  Itu belum mama yang kena out-station, mama yang kena kursus lama tinggalkan baby dan anak kat rumah.  Kalau ada maid, kena bayar RM700 dah kat maid sekarang ni. Kalau maid kerja bagus, bertuah badan. Kalau maid macam 'ntah pape jek', pening kepala nak layan maid lagi. Bayangkan, mama yang berkerjaya UTC ni. Bangun pagi relaks-relaks boleh siapkan anak. Siapkan breakfast untuk anak dan suami.  Hantar anak ke neseri relaks-relaks. Dan boleh mula

Bayar Diri Sendiri Dulu.

Image
Setiap bulan kita membayar orang lain dulu. Mula-mula bayar duit kereta sebab takut bank blacklisted dan tarik kereta. Lepas tu bayar bil telefon, elektrik, air, Astro, internet sebab nanti tak bayar kena potong pulak. Lepas tu bayar duit PTPTN, ini kalau ada lebih sket dan nak bayar. Belum lagi duit nak tengok wayang, bagi parents, makan kat tempat best-best. Ada lebih baru simpan. KALAU ada lebih la kan. Itu pun duit simpan tu la jugak nak guna buat road tax la, tukar tayar la dan banyak lagi. Satu yang kita terlupa, bayar diri kita sendiri. Maksud bayar diri sendiri tu bukannya beli handbag, kasut, telefon baru , shopping sakan untuk bayar diri sendiri. Itu reward diri sendiri.  Bayar diri sendiri tu maksudnya, simpan sedikit untuk nanti masa depan especially pencen. Kalau kita nak sustain lifestyle selepas pencen, kena simpan 10-15% dari gaji sekarang. Kalau nak upgrade lifestyle lepas pencen, nak travelling ker, kena simpan 15-20% dari gaji. Kalau gaji RM2,000...nak simpan RM200

Tips Menjadi UTC Yang Kaya

Image
Semua orang nak kaya..kaya masa, kaya harta, kaya duit,kaya kawan, kaya kereta, roti kaya..eh..tersyashul pulak..hehehe.. Tetapi macam mana kita nak jadi UTC yang kaya supaya kita akan kaya dengan kawan-kawan baru yang percaya kepada kita untuk jaga investment mereka?  1. Kaya dengan Budi Mesti kaya dengan budi. Jadi, jangan memilih kawan-kawan baru yang  nak buat investment dengan kita. Asyik nak kawan dengan kawan-kawan yang poket besar saja. Tidak boleh la macam tu. Kita mesti kaya dengan budi supaya kita bantu semua kawan-kawan kita melabur untuk masa depan. Kalau kawan baru melabur RM1,000 pun apa salahnya. Kita tolong kawan kita  untuk 'grow' investment dia jadi RM10,000 dan kemudia RM100,000..sambil-sambil tu dapat saham akhirat tau tolong orang.. 2. Kaya dengan Bahasa. Dengan kawan baru jangan la cakap engkau-aku atau I-You. Macam bahasa tu terkurang la pulak. Apa salahnya panggil Cik Puan ker..Encik ker..Tuan ker..Dato ker..Datin ker..guna panggilan yang baik, orang pu

Kerja Apa Yang Best Lepas Grad?

Image
Posting ini khas untuk pelajar uni yang baru grad. Kalau bertuah badan, belajar pun ada penaja. Insya-allah dapat la kerja idaman tu. Kalau tidak, nak kerja apa yer? Sebab-sebab pelajar uni yang grad ni tak dapat kerja yang baik sebab tak cukup soft skills macam tak pandai berkomunikasi, tak presentable dan tak cukup general knowledge. (Refer sini) . Jadi, dah pergi banyak temuduga, masih tak dapat kerja. Apa nak buat? 1. Jadi customer service exe kat call centre atau bank. Sebab kat sana, company akan trainingkan kita cara-cara berkomunikasi yang berkesan dengan percuma saja. Sambil tu dapat pengalaman bekerja. Kerja kat call centre ni shif tapi tak apa la kan, sementara waktu. 2. Jadi salesman/salesgirl especially kat company yang established.  Sebab kita akan belajar juga cara-cara komunikasi yang betul, bina keyakinan diri sebab hari-hari kena jumpa pelanggan. Yang paling senang, salesman jual kereta ataupun syarikat telco. 3. Jadi assistant manager kat outlet makanan segera. Seb

Skim Lambat Kaya tapi Pasti Kaya

Image
Saya akan berkongsi rahsia pelabur bijak dengan anda hari ini. Rahsia pelabur bijak yang paling bijak dan bijak dan bijak ialah...JANGAN MASUK SKIM CEPAT KAYA!!! Kenapa pelabur suka join dengan pelaburan tidak sah atau skim cepat kaya??? Jawapannya...sebab nak kaya cepat!!!! Tapi, kalau ccepat kaya..cepat jugak kayappp  bankrup..betul kan? Baca sini " Skim Cepat Kaya Tumpas" - Agen 59 orang,banyak anak muda yang baru grad. - Pelaburan minima RM10,000 ke RM41000 -Ada 80 pelabur sedang dengar taklimat. -Umpan : Kereta mahal, risalah, logo dalam media perdana. Moral cerita nya...tidak ada jalan mudah nak mencapai kejayaan atau kekayaan. Mestilah kena ada usaha, tawakal dan berkadar langsung dengan masa.  Jadi, jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya. Gunakan common sense..Mana ada orang yang baik hati nak offer investment yang boleh bagi 1000% hasil dalam tempoh masa yang singkat. Lagi pulak orang ni baik hati lagi dengan nak ''tolong'' kita buat pinjaman bank

Just Do It

Image
Salah satu perkara yang saya menyesal tak buat dari dulu adalah 'terjun' dalam Public Mutual. Tiada sapa pun nak berkongsi dengan saya berkenaan peluang kerjaya bersama Public Mutual. Masa zaman-zaman single dulu, zaman-zaman yang tiada komitmen dan boleh all out pagi petang.  Dulu saya pemalu, nak bercakap dengan orang pun payah. Nak kena buat presentation lagi la jauh Everest dari Atlantik. Ish, KALAU LA masa zaman uni ada orang ajak saya buat part time UTC dan bila grad terus buat full time, kat mana la level saya hari ini. Masalah dengan KALAU LA ni ialah perkara tu tidak akan berlaku. Jadi, saya ambil keputusan buat sekarang. JUST DO IT.  Cuba bayangkan cerita ini bersama saya. Kita baru grad. Berkobar-kobar nak cari kerja yang setanding dengan ijazah kita. Kalau nasib baik dapat masuk syarikat best-best..kalau nasib baik tiada lagi, kerja la macam-macam dulu. Lepas tu dapat kerja yang kita idam-idamkan. Kita ingat kita dah boleh settle down. Kerja elok2 dah sampai level m