Nak Berjaya Kena Berusaha
Kalau nak berjaya kena berusaha. Pernah dengar tak cerita budak yang pemalas tetapi suka berangan nak kaya. Sinopsisnya macam ni la lebih kurang. Si Awang ni hari-hari berangan saja kerjanya. Berangan nak kaya tetapi malas nak kerja. Keluarga Si Awang ni ada tanah yang luas tetapi bapa dia dah tua dan banyak tanahnya terbiar saja. Bila bapa dia meninggal dunia, ibu Si Awang ni pun panggil anaknya tu dan bagitahu yang arwah bapanya berpesan yang dia ada tinggalkan harta karun kat tanah mereka yang luas ni untuk warisnya. Si Awang pun teruja, dia mula la mencangkul mengorek dan memunggah kawasan tanah yang luas tu tapi masih tak jumpa harta karun tu. Alang-alang dah tanah tu dibersihkan, terus saja Si Ibu beritahu yang sementara tak jumpa harta karun tu, tanam la sayur-sayuran dan buah-buahan, mana la tahu nanti ada terjumpa harta karun. Si Awang ni walaupun malas bekerja tapi dia sayang ibu dia dan ikut cakap ibu dia. Tak lama kemudian, tanaman pun mengeluarkan hasil. Si Ibu pun minta Si Awang ni pun jualkan tanaman tu kat pemborong.
Tetapi harta karun masih tak dijumpai, Si Ibu pun suruh Si Awang teruskan penanaman sayuran dan buahan sehingga berjumpa dengan harta karun. Tidak lama kemudian, Si Ibu sakit tenat dan panggil Si Awang untuk serahkan buku akaun bank. Si Ibu pun berkata-kata "Si Awang, ini lah harta karun yang Si Bapa tinggalkan untuk awak. Tengok dalam buku akaun ni, banyak kan duit yang ibu simpan hasil dari usaha awak di kebun. Sebenarnya, kita mesti berusaha untuk mendapatkan 'harta karun' ini. Tidak ada jalan pintas atau short-cut nak berjaya dan kaya raya. Jangan lupa juga bersedekah dan wakatkan sedikit dari harta karun ini. Lebih banyak kita memberi kepada orang lain, lebih banyak juga Allah memberi kepada kita. " Si Awang pun insaf dan menjadi orang yang kaya raya lagi pemurah.
Fuhhh..panjang juga nak buat sinopsis pun.
Moralnya, kita kena usaha untuk berjaya dan supaya impian kita jadi kenyataan. Bila nak jadi UTC, kena mendaftar dengan syarikat untuk ambil exam dan dapat lesen. Yuran pendaftaran sebanyak RM250. Kalau tak ada modal RM250, kena usahakan dulu modal.
Macam Si Awang kat atas tu, kena ada cangkul baru boleh korek tanah. Bila ada prospek UTC yang bergraduat, berijazah la tuh..tanya saya "macam mana nak buat kalau dia nak tiada wang pendaftaran RM250". Saya jadi macam blurred..Sebab konfius, orang ni kira educated la jugak...fresh grad...ada degree so takkan perkara simple macam ni pun dia tak boleh fikir? Saya tak berminat untuk memberi subsidi sebab kalau perkara simple macam ni pun tak boleh nak solve, macam mana dia nak jaga duit investor. Pelaburan investor itu adalah amanah untuk kita. Kena jaga betul-betul. Kalau budak sekolah yang tanya soalan macam mana nak buat tu kira okey la jugak kan.
So, nak berjaya kena usaha. Kalau tiada wang pendaftaran, tak apa..usahakan bagi ada. Kemudian usaha lagi untuk dapat lesen. Kemudian usaha lagi dapatkan ilmu pelaburan. Kemudian usaha lagi untuk dapatkan pelabur dan kembangkan pelaburan mereka. Kemudian usaha lagi sampai anda rasa anda dah berjaya capai apa yang anda mahu dalam hidup anda.
Education plan, pelan pendidikan anak, tabung pendidikan anak, tabung anak,hadiah anak,terbaik untuk anak,unit trust konsultan,unit trust consultant, utc public mutual,pelan persaraan,retirement planning, rahsia melabur unit amanah, untung unit trust, public mutual,Cara mudah pelaburan melalui KWSP,kiosk pintar KWSP, unit trust consultant, UTC, Public Mutual agent, agen Public Mutual, Best kerja UTC,Public Mutual,Pelaburan, Simpan duit, kerja paling best, gosip artis malaysia jutawan, kerjaya, berjaya,selamat makan gaji,kos pengajian IPTA, kos pengajian IPTS, rejection, skim cepat kaya, peluang kerjaya, insuran perubatan, takaful, simpan banyak duit, kaya cepat, mengayat awek cun, lisa surihani, hadiah terbaik untuk anak, kaya cepat, pelaburan emas, perniagaan, usahawan,MLM,jutawan,jawatan kosong,maharaja lawak,murah rezeki, anwar ibrahim
Comments
Post a Comment