Kategori UTC Yang Best
UTC dalam industri amanah saham ini ada beberapa kategori. Ada yang best, ada yang tak best. Selalu kita dengar, UTC yang dah kita pilih untuk buat pelaburan dahulu dah tak aktif atau ditamatkan kontrak, itu kategori UTC tak best. Jadi, siapa pula nak memantau pelaburan kita tu? Pening ok.
Jadi macam mana nak pilih kategori UTC yang best..yang bukan jenis chipsmore..'Kejap ada, Kejap tak ada..'
Kategori 1 : UTC Sepenuh Masa, Bukan Pelabur.
UTC kategori ini memang memilih kerjaya UTC sepenuh masa. Tetapi jangan konfiden lagi, cuba tanya UTC ini apa yang motivatekan beliau untuk menjadi UTC? Dan yang paling penting adakah beliau melabur? Cara beliau bercakap berkenaan pelaburan penuh dengan passion dan knowledge sharing atau just memang nak push kita melabur? Biasanya UTC kategori ini memilih untuk menjadi UTC sebab duit. Beliau mungkin melabur atau mungkin tidak. UTC ini akan push kita untuk melabur sebab itulah motivasinya sebagai UTC. Banyak UTC baru berada dalam kategori ini dan ada kebarangkalian UTC ini tidak aktif bila ditawarkan job yang dirasakan berbaloi.
Kategori 2 : UTC Sepenuh Masa, Pelabur.
UTC yang lama memang berada dalam kategori ini. UTC ini dahulunya adalah pelabur dan mempunyai kelulusan dan kerjaya yang top. Mereka menjadi UTC kerana berpuas hati dengan pulangan pelaburan dan melihat potensi bidang ini sangat besar. Oleh kerana UTC ini telah pun berjaya dalam kerjaya sebelum ini, kebarangkalian untuk dia berjaya sebagai UTC adalah tinggi sebab dah biasa kerja keras. Motivasi mereka adalah untuk melabur, menolong orang lain untuk melabur dan masa yang sama menerima pendapatan yang tinggi. UTC kategori ini mempunyai base client yang hebat dan besar dan juga berpendapatan tinggi. Kebanyakan mereka mungkin hanya menerima pelabur yang membuat pelaburan yang besar. Aktiviti mereka lebih untuk melatih UTC-UTC baru dibawah agensi mereka. Mereka kebanyakan bergelar UTC-GAM.
Kategori 3 : UTC Separuh Masa, Bukan Pelabur.
Motivasi UTC jenis ini adalah duit dan kebebasan masa. Mereka telah bekerja dan mungkin tidak suka akan kerja mereka atau tiada job satisfaction atau bosan dengan rutin pejabat. Mereka menjadi UTC kerana ingin mencuba bidang baru disamping mendapat pendapatan sampingan. Masalah besar UTC ini adalah jika mereka bukan pelabur dan inginkan pendapatan sampingan. Mereka akan berhenti bila-bila masa bila mendapati bidang ini tidak sesuai dengan mereka.
Kategori 4 : UTC Separuh masa, Pelabur.
Motivasi UTC kategori ini sama seperti kategori 2. Mereka tidak berhenti kerja kerana mereka suka kerjaya mereka. Kerjaya mereka memberi definasi berkenaan diri mereka. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang profesional. Contohnya, seseorang yang memilih menjadi guru kerana ingin berbakti mendidik anak bangsa negara ataupun seseorang yang memilih untuk menjadi doktor kerana ingin berbakti kepada masyarakat. Mereka ini juga bermula sebagai pelabur, juga melihat potensi bidang ini besar dan ingin menolong orang lain mendapat manfaat yang sama. Oleh kerana jiwa mereka jiwa berbakti kepada masyarakat, mereka akan menolong anda untuk melabur walaupun pelaburan anda berjumlah RM1,000 dan RM100 sebulan. Ini kerana, mereka mempunyai pendapatan tetap yang steady dan tidak bergantung kepada komisyen. Mereka adalah jenis UTC yang memberi galakan, dorongan dan pilihan untuk pelabur membuat pelaburan tanpa memaksa. Mereka jenis yang friendly dan suka berjumpa orang. Oleh kerana mereka juga pelabur yang memantau pelaburan sendiri, jadi mereka akan berada dalam industri dalam jangka masa yang lama.
Bagi saya, kategori yang best adalah kategori 2 dan 4. Sebab mereka juga pelabur, mereka faham apa yang pelabur mahukan dari segi service dan pulangan. UTC kategori 1 dan 3 boleh jadi best juga kalau mereka juga melabur dan passion dalam bidang ini.
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih UTC mana untuk bersama-sama dengan anda. Yang paling penting sekali pilihlah UTC yang juga pelabur.
Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih UTC mana untuk bersama-sama dengan anda. Yang paling penting sekali pilihlah UTC yang juga pelabur.
Chan Chin Chow
p.s : Tulisan ini hanya pandangan peribadi hasil dari pemerhatian dalam industri ini sahaja. Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju :) Peace.
Comments
Post a Comment