Top up ASB hujung bulan, bukan selain hujung bulan!
Diam tak diam, hari ni dah masuk hujung bulan dah (kalendar Masehi ye!).
Sesiapa yang bekerja makan gaji sudah pasti sudah menerima gaji bulanan masing-masing hasil penat lelah mereka bekerja selama 30 hari.
Tidak kurang jugak ada di antara kita di luar sana yang kembali kepada gaya hidup 'paling asas' mereka selepas 10 hari dapat gaji kerana duit hasil titik peluh mereka bulan lepas telah habis ditelan zaman.
Simptom-simptom mereka kembali ke gaya hidup 'paling asas' amat mudah dikesan seperti makan sekali sehari, menelan mee maggi hari-hari, buat muka kesian pinjam duit dari keluarga dan kawan, sementara menunggu gaji masuk pada bulan seterusnya, jelas menunjukkan betapa kroniknya kewangan mereka.
(ni pengalaman aku sendiri ye. Mujur ada kawan merangkap banker peribadi aku Cik Niza bagi pinjam duit RM 300 tiap-tiap bulan..hehe).
Gambar hiasan (Ni kira ok lagi. Kalo housemate UTP aku dulu, En. Khai, dia masak dalam baldi) |
So bro, lu nak citer apa sebenarnya ni?
Cukup pasal sejarah silam, balik kepada tajuk di atas. (Aku nak bagitau la ni !!).
Kepada yang belum mula menyimpan, aku sarankan korang start menyimpan 10% (MINIMUM!!) dari duit gaji yang korang dapat tiap-tiap bulan.
Ini adalah sebagai 'reward' atas segala penat-lelah korang keje selama ini.
10% tu nak simpan kat mana?
Apa yang aku buat, aku simpan min 10% dari gaji aku dalam ASB.
Tiap kali dapat gaji aku make sure duit tu dimasukkan dalam akaun ASB aku sebelum hujung bulan berakhir.
Gambar Hiasan (Aku bukan ajen ASB ye. Gi le bank) |
Kira-kira dividen ASB !!
Sebenarnya, korang kena paham camne ASNB kira dividen ASB.
Dividen ASB dikira dikira secara bulanan tetapi pembayaran dividennya adalah tahunan.
Contoh
Katakan la dividen ASB yang diumumkan = 7.2% setahun
Jadi dividen sebulan ---> 7.2% / 12 = 0.6% sebulan
- Kiraan dividen bulanan ---> 0.6% x "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"
- Dividen ASB tahunan yang korang dapat = Jumlah (Dividen Jan + Dividen Feb +..........+ Dividen Dis)
So, keyword dia kat sini "BAKI MINIMUM DALAM BULAN TERSEBUT"
Case study
Katakan dalam ASB korang ada RM 5000 pada hari ini (31 Mei 2013).
Korang pulak kata "arini lepak dulu la, next week hari isnin je la gi top up RM 500 dalam ASB"
So, korang pon gi top up hari isnin bersamaan 3 Jun 2013, jadi baki ASB korang adalah RM 5500.
So hujung tahun kang, masa ASB kira dividen (katakan 7.2% p.a). Berapa dividen korang dapat untuk bulan Mei dan Jun 2013?
Jawapan:
Dividen Mei = 0.6% x RM 5000 = RM 30
Dividen Jun = 0.6% x RM 5000 = RM 30??!
Aku sure ada manusia di luar sana akan cakap begini,
Manusia itu: Gua dah top up 5 rats masa bulan Jun, brader. Apsal lu kira 0.6% x 5 ribu je?? Bukan ke darab RM 5500 ke, brader??
Aku: Wa dah cakap lu x percaya. Kan itu bank kira dalam itu bulan, berapa lu punya "baki paling minimum".
Kalau lu top up masa hujung bulan May, wa pasti bro lu punya minimum bulan Jun ada RM 5500.
Manusia itu: X#@$@@#$!
So apa lagi, sempat lagi nak gi bank top up ASB. Jangan lupa sembahyang Jumaat lak!!
Updated @ 19/6/2013 (sumber dari master prospectus ASNB) for your reference!
Comments
Post a Comment