My Best Buddyz - Encik "Kad Kredit"
Mari aku kenalkan korang kat kawan baik aku, iaitu "my lovely credit cards" or CC. Dalam keadaan susah dan senang, dia tak pernah malu nak memberi pertolongan kewangan di saat-saat memerlukan (kadang-kadang tak perlu pon!)
Sebelum ni aku tak penah kenal fungsi CC ni dan hanya bayar tunai hingga tahun 2005, ketika kerja aku memerlukan aku travel outstation dan check-in hotel sana-sini, baru aku tahu kepentingan CC ini sebagai "instant & easy money" sebab biasa duit claim masuk lambat selepas travelling. Starting from there, I started apply and used credit card.
How to apply CC?
Apa ke payah bebenor. Kat shopping complex bersepah salesman credit card promote CC, siap "free gift lagi" Bagi je IC copy & email payslip kat diorang, tau le diorang setelkan. Sebab kan semudah itu nak dapat easy credit, aku pon apply je la kredit kad sampai 15 keping, lagi-lagi kalau yang promote CC tu "si gadis manis".
Bahaya ke pakai kredit kad?
Sebenarnya, takde apa-apa bahaya pon. Pergi mana-mana kedai, jumpa barang yang nak beli, swipe CC dan barang tu dah jadi milik anda. Tu je. Malah, kalau korang nak beli rumah pakai CC tak payah apply housing loan boleh. Yang penting kena tau camne nak bayar bulan-bulan dan kurangkan interest.
Perlu ke CC lebih dari satu?
Perlu. Sebab kekadang cip elektronik CC tu rosak. Kedua, takut limit tak cukup kalau kecemasan.
Buat masa ni aku ada tinggal 7 keping CC lepas dah potong 8 keping sebab BNM mengenakan servis caj tahunan RM 50 (kad utama) dan RM 25 (kad suplement).
Kelebihan kad yang aku tak potong lagi
- Maybankand 2 Card Platinum - Sebab AMEX punya point senang kumpul. Spend RM 1 = 5x point masa weekend (kekadang RM 1 = 10x point).
- Maybankand Visa PETRONAS - 5x point isi minyak kat PETRONAS. (Tapi sekarang AMEX pon boleh guna kat PETRONAS). Calon kad yang bakal kena potong.
- Hong Leong Bank MTV CC - Balance transfer "Cash" dia agak best sebab dia bagi CASH. Contoh, CC limit is RM 30K. Call bank kata nak balance transfer cash short term, dia bagi 90% from the limit. Sebab aku dah ambik CASH dia lebih 5x, latest financing rate bank bagi aku 4.8% per annum lifetime tenure! Rujuk link bank ini! (p/s: Cash-On-Call & Call-for-cash, dua campaign yang berbeza dan rate pon berbeza jugak. Jangan confius!)
- HSBC MasterCard CC - Entah. Sebab bini aku pakai supplement card dia kot.
- PBB Card - Aku suka balance transfer dia, sebab kalau buat BT 6 bulan cthnya RM1200, hanya RM 200 akan appear dalam CC monthly statement. Ko kena bayar statement balance tu aje. (Kalau bank lain kalau ko transfer RM 1200 untuk 6 bulan, dia akan appear dalam statement CC ko RM 1200 pada bulan pertama. Ko paham ke tak apa aku cakap ni?) Rujuk link balance transfer CC public bank ni untuk paham lebih lanjut!
Buddyz aku yang masih belum kerat selepas BNM mengenakan servis caj tahunan RM 50. |
Ni CC yang x payah apply, PBB bagi by invitation. Refer link Mutual Gold card ni! |
Apa-apa pon, ni bukan la kad yang terbaik, cuma ni je yang aku ada. Banyak lagi faedah CC yang boleh kita explore dari bank-bank yang menawarkan CC. Untuk "Cash Advance" facility, orang cakap yang terbaik adalah seperti Al-Rajhi, BSN dan Bank Islam. Aku ada apply gak tapi bank tersebut tak sudi nak bagi.
Akhir kata, "selamat berbelanja, belanja dengan selamat".
p/s #1:
Bagi yang bela banyak CC, tolong tulis dengan jelas dalam satu kertas "Call Centre untuk setiap bank". Sebab aku pernah berpengalaman hilang wallet dan cukup seksa nak cari nombor call center CC yang terlibat.
p/s #2:
Syarat permohonan CC oleh Bank Negara (berkuatkuasa Mac 2011).
- Berpendapatan sekurang-kurang RM 36,000 setahun
- Hanya boleh memiliki kad kredit daripada 2 pengeluar kad sahaja
- Had maksimum kad kredit tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.
Comments
Post a Comment