Posts

Showing posts from September, 2013

Akibat Salah Plan, Aku Sekarang Tenggelam dalam Lautan Hutang!

Image
Tatkala aku sibuk memberi tips-tips kewangan kepada kawan-kawan, aku terlupa yang kewangan aku sekarang sudah masuk zon MERAH!  Life bouy ini enggak bisa menyelamatkan kamu di lautan HUTANG! Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rancangan aku tak berjalan seperti yang dirancang. Masih korang ingat cerita cash out dalam  entri refinance rumah  aku yang lalu, sampai sekarang masih tak setel lagi. Sejak aku sign LO pada Mei 2013, hingga 'la ni' duit cash out masih tak masuk-masuk. Poning pokcik berperang email dengan lawyer & banker nak suruh cepat disburse duit, tapi jawapan standard aku terima, "money on the way"!  Apa punca aku boleh hanyut ni? 1. Rumah dah siap! Aku lupa dalam bulan 8 aku dah kena start bayar penuh installment rumah. Rumah yang aku beli tahun tahun 2009 dan 2011 (rujuk entri inflasi ini ) sudah 100% siap dan developer dah panggil suruh ambil kunci.  Installment aku pon sudah double up, dari sejumlah RM 600-1200 sebulan

Cara Menjadi Kaya

Image
Mula-mula jenuh fikir, apa yang dimaksudkan dek Pak Cik Buffett ni. Kemudian..ketingggggggg...dah dapat.. Pak Cik Buffett ni kata nak kaya kena invest in time ..biarlah sikit-sikit tapi long term.  Orang tua kata lama-lama jadi bukit. Simpan RM100 sebulan, lepas 30 tahun insya allah ada RM700K. Pak Cit Buffett kata, orang miskin invest in money . Maksudnya, kalau invest duit yang banyak especially dalam skim cepat kaya, memang konfem la miskin.  Memang la kopak kan, tamak haloba nak kaya cepat tapi kayap je dapat.  Jadi, jom simpan RM100 sebulan. 

KWSP Tawarkan Kewangan Persaraan.

Image
Baru cerita pasal cukup ke tak cukup ke duit KWSP tuk pencen, tetiba arini terbaca dalam newspaper..KWSP bagi service nasihat kewangan persaraan mulai tahun depan. So, jawapan pada posting sebelum ni. Memang tak cukup la kan duit KWSP tu tuk pencen. Itu sebab KWSP nak advise macam mana nak bagi cukup duit dan bersara dengan aman sentosa.  Apa yang KWSP tawarkan tu bukan perkara baru pun. Semestinya la WAJIB ada pelan persaraan dan pelan kewangan pendidikan untuk jangkamasa panjang.  Masalahnya, pertama sekali..orang kita ni tiada tabiat menabung. Sale sepanjang tahun. Sikit-sikit nak sale. SOGO tu boleh kira berapa hari yang TIADA sale setahun. Punya ramainya umat manusia kat SOGO tu time sale.  Keduanya, pendidikan kewangan ni patut mula dari zaman sekolah rendah. Biasakan anak menabung, kemudian ajarkan cara untuk berbelanja berhemah, cara untuk simpankan duit dalam amanah saham, buka akaun ASB ke SSPN ke. Dari kecil-kecil lagi terangkan konsep compound interest  .  Melentur buluh, b

Birthday Party Express!

Image
Hari ni kami buat besday party express untuk Acha. Abis tu dah acha duk bising-bising dengan soalan-soalan standand seperti "Mummy, arini besday acha kan?" "bila nak buat birthday Acha ni?" Selalu tiap-tiap tahun kan ada. So, memandangkan aku baru balik dari laut dan agak kesuntukan masa nak buat party, aku dan Cik Zura membuat keputusan sambut besday Acha kat sekolah dia je. Call je teacher sekolah dia  "waktu rehat pukul berapa?""rehat berapa lama?" "kelas dia berapa orang?" "hari ni ada apa-apa event tak?" Tepat jam 0950 pagi (time rehat dia), kami terus pegi sekolah dia bawak kek dan goodies bag. Kami cuma letak kek je. yang lain termasuk potong dan bahagikan kek, semua teacher diorang setelkan. Dalam masa 15 minit, rehat habis, kanak-kanak balik kelas. kami pon balik. Walaupon event ini agak express, janji acha happy kira ok la. p/s: Selamat Hari Lahir ke-6 Fasya Qistina. Papa & Mummy Love U So Much.. Semoga jadi anak

Cukup Ke Duit KWSP Untuk Pencen?

Image
Kisahnya dari kenaikan harga sebanyak 400% aiskrim malaysia yang dari 10 sen jadi 50 sen. KWSP pun dah tingkatkan kadar simpanan asas untuk ahli-ahli. KWSP target ahli sekurang-kurangnya dulu ada RM120K bila umur 55 tahun kepada RM196K dalam akaun 1.  Dulu kadar simpanan asas KWSP Bermula tahun 2014, kadar simpanan asas Pada perkiraan KWSP dengan anggaran jangka hayat sehingga 75 tahun. RM196,800 ini mencukupi dengan kadar perbelanjaan RM820 sebulan selama 20 tahun.  Realitinya..cukup ke RM820 sara hidup sebulan? Kalau duit MAKAN SAHAJA cukup la tu. Tapi nanti masuk bil segala bil, cukup ke?  Itu kalau ada minima RM196,800 bila umur 55 tahun. KWSP punya kajian tahun 2011 mendapati :  72% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan kebawah. 47% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan kebawah. Pada umur 54 tahun, hanya 30% ahli yang masih bekerja. Jadi, macam mana tu?  Susah kan nak jawab. Realitinya ialah : Kesimpulannya, fikir-fikirkan lah dan mula la kira-kira kecukupan duit KWSP masing-masing.

Aiskrim Malaysia Dulu dan Sekarang

Image
Sapa tak pernah makan aiskrim ni dulu-dulu? Mesti penah kannnnn... Masa saya sekolah dulu, suka sangat beli ais krim malaysia ni..RM0.10 je..ala, seposen je sebatang..  Kalo balik mengaji tu, harus la belu bawa balik kat adik2 sekali..makan tepi rumah..5 batang baru 50 sen.. Minggu lepas singgah kedai runcit kat rumah babysitter..tiba-tiba ternampak la aiskrim ni..teringat zaman dulu-dulu..amik la dua batang....harganya????? 50 sen sebatang so amik 2 batang RM1. Hokehhhh..terkujat la gak kan...tapi menten muka selamber n terus bayar..haaa..amik...ingatkan 30 sen sebatang..terus hahhhh 50 sen.. Dari 10 sen jadi 50 sen..tempoh masa..20 tahun..so kenaikan harga aiskrim ini dalam tempoh 20 tahun adalah 400%!!!..( hokeh..tersedak..) 400% bahagi 20 tahun jadi 20% kenaikan setahun inflasi untuk aiskrim malaysia ni...b ukan ada teknologi canggih pun nak buat aiskrim ni..Gurppp.... Hokeh, ini baru aiskrim malaysia..bayangkan barang-barang lain... Kalo sekarang kira-kira duit KWSP lagi 20 tahun