KWSP Tawarkan Kewangan Persaraan.
Baru cerita pasal cukup ke tak cukup ke duit KWSP tuk pencen, tetiba arini terbaca dalam newspaper..KWSP bagi service nasihat kewangan persaraan mulai tahun depan.
So, jawapan pada posting sebelum ni. Memang tak cukup la kan duit KWSP tu tuk pencen. Itu sebab KWSP nak advise macam mana nak bagi cukup duit dan bersara dengan aman sentosa.
Apa yang KWSP tawarkan tu bukan perkara baru pun.
Semestinya la WAJIB ada pelan persaraan dan pelan kewangan pendidikan untuk jangkamasa panjang.
Masalahnya, pertama sekali..orang kita ni tiada tabiat menabung. Sale sepanjang tahun. Sikit-sikit nak sale. SOGO tu boleh kira berapa hari yang TIADA sale setahun. Punya ramainya umat manusia kat SOGO tu time sale.
Keduanya, pendidikan kewangan ni patut mula dari zaman sekolah rendah. Biasakan anak menabung, kemudian ajarkan cara untuk berbelanja berhemah, cara untuk simpankan duit dalam amanah saham, buka akaun ASB ke SSPN ke.
Dari kecil-kecil lagi terangkan konsep compound interest .
Melentur buluh, biar dari rebungnya.
Bagaimanapun, tahniah kepada KWSP kerana proaktif untuk menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan persaraan kepada pencarum.
p.s : Boleh emel saya jika bercita-cita untuk mulakan pelaburan ahli KWSP untuk tingkatkan dana persaraan.
Comments
Post a Comment