Posts

Showing posts from April, 2014

ASB 2. OK ke tak OK?

Image
Tanggal 2 April 2014, dana baru telah dilancarkan oleh ASNB, Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB 2). Seperti abang kandungnya jugak iaitu dana ASB, ASB2 hanya dibuka kepada bumiputra Malaysia dan saiz tabung yang diperuntukan untuk dana ini adalah 10 billion unit. Harga pun tetap, seringgit seunit jugak. Banyak ke 10 billion unit (atau 10,000,000,000) ini? Kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain,  saiz tabung ASB2 adalah bersaiz sederhana. Saiz tabung dana-dana ASNB (harga tetap). ASB - Tiada had.  ASB2 - 10 billion unit. ASW 2020 - 17.94 billion unit. ASM - 14 billion unit. AS1M - 14 billion unit.   ASD - 5 billion unit. Saiz tabung dana-dana ASNB (harga berubah) ASN - 2.5 billion unit. ASN 2 - 2.5 billion unit. ASN 3 - 1 billion unit. ASG - 1 billion unit. Sedia maklum, dana-dana ASW 2020, ASM dan ASD telah habis dijual, baik untuk bumi atau non bumi. Manakala dana AS1M, kuota untuk non-bumi telah habis disapu.   Jadi, aku rasa saiz tabung 10 billion unit untuk ASB2, kejap je k