ASB 2. OK ke tak OK?

Tanggal 2 April 2014, dana baru telah dilancarkan oleh ASNB, Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB 2).

Seperti abang kandungnya jugak iaitu dana ASB, ASB2 hanya dibuka kepada bumiputra Malaysia dan saiz tabung yang diperuntukan untuk dana ini adalah 10 billion unit. Harga pun tetap, seringgit seunit jugak.
Banyak ke 10 billion unit (atau 10,000,000,000) ini?
Kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain,  saiz tabung ASB2 adalah bersaiz sederhana.

Saiz tabung dana-dana ASNB (harga tetap).

  • ASB - Tiada had. 
  • ASB2 - 10 billion unit.
  • ASW 2020 - 17.94 billion unit.
  • ASM - 14 billion unit.
  • AS1M - 14 billion unit. 
  • ASD - 5 billion unit.
Saiz tabung dana-dana ASNB (harga berubah)

  • ASN - 2.5 billion unit.
  • ASN 2 - 2.5 billion unit.
  • ASN 3 - 1 billion unit.
  • ASG - 1 billion unit.
Sedia maklum, dana-dana ASW 2020, ASM dan ASD telah habis dijual, baik untuk bumi atau non bumi.
Manakala dana AS1M, kuota untuk non-bumi telah habis disapu.
 
Jadi, aku rasa saiz tabung 10 billion unit untuk ASB2, kejap je korang boleh kasi langsai.

Butiran mengenai ASB 2. Limit sama juga macam ASB, RM 200K untuk akaun dewasa dan RM 50K untuk akaun anak kecik. 

Lanjutan butiran mengenai ASB 2.

Perbezaan yang aku nampak antara ASB dan ASB2 adalah dari segi portfolio pelaburan yang mana ASB memilih "Ekuiti" sebagai sasaran pelaburan manakala ASB2 pula memilih "Aset Campuran". 

Pada pendapatan aku, ASB2 lebih "play safe" kerana "aset campuran" biasanya adalah gabungan saham ekuiti dan fixed income security & money market instrument pada nisbah yang agak seimbang 60:40.
(Kalau kategori ekuiti, nisbah ekuiti biasanya lebih tinggi i.e. 70:30-80:20). 

Kebiasaannya, lebih banyak bahagian ekuiti dalam portfolio, returnnya adalah lebih tinggi terutamanya ketika market naik (dan begitu jugalah sebaliknya).

Tetapi memandangkan ASB dan ASB 2 ini harga unitnya tetap, tambahan pula ia merupakan dana "istimewa" kerajaan untuk bumiputra, pulangan tahunannya kita boleh jangka sekitar 5%-7% sahaja. Sesuai untuk pelabur yang malas berfikir dan mahu tidur tenang sepanjang tahun.

Korang paham ke aku citer ni? Kalau tak paham, korang google la sendiri, atau tunggu entri aku akan datang.

p/s: Ketika entri ini ditulis, pelabur hanya boleh membuka akaun ASB 2 di pejabat ASNB sahaja.  Ejen-ejen seperti POS, MBB, CIMB masih tidak bisa menguruskan urusan pembukaan buku ASB 2.

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!