Posts

Showing posts from July, 2014

bazaar ramadhan kota tinggi 2014

Image
bazaar ramadhan kota tinggi 2014, jika datang masa cuti dan diwaktu tengahari, kurang sesak berbanding waktu malam. kalau waktu malam, suasana dan kemeriahannya amat berbeza sekali. sesak!... kadang-kadang warga singapura pun ada yang shopping kat sini time nak raya. patutlah harga tapak  RM3000 (paling murah) pun diorang sanggup ambik... puhhh kalau time 2 3 hari nak raya, boleh berpeluh ketiak woo...

ini baru roti john sebenar!

Image
roti john, ramai dah sedia maklum, tetapi apakah roti john yang dibeli tu roti john sebenar? kebanyakannya roti john yg biasa kita jimpa hanyalah roti dengan telur dan sayur, tetapi roti john ni penuh dengan sos daging melimpah mewah... sedapnya tak terhingga.saya jumpa hanya di johor.. tapi malang, video ni dirakam ketika berada di bazaar ramadhan di kip mart kota tinggi... lepas raya ni memang takde lagi dah... TETAPI, boleh cuba cari di pasar2 malam sekitar johor, perhatikan roti john mereka... kalau begini dia buat... boleh CUBA beli dan nilaikan sendiri... p/s: selera kita berbeza, mungkin sedap utk kita, tapi bukan untuk org lain

muhasabah subuh akhir ramadhan

ramadhan... hadirmu membawa 1000 rahmat, pergimu membawa 1000 perasaan, ketemukah aku denganmu tahun hadapan? Ramadhan, kau lah guru, kaulah sekolahku kaulah universitiku, terima kasih atas didikan mu, sesungguhnya aku mahu menjadi lebih baik Ramadhan ketika ini, aku masih muhasabah diri, ketika ini aku masih mencari, ke mana hala kehidupan fana ini, walaupun aku tahu destinasi akhir ku, tapi ranjau kehidupan bagaimanakah yang ingin ku lalu? Ramadhan, subuh hening 29 ramadhan, dingin udaramu kuhirup nyaman, walau hati penuh persoalan, walau fikiran penuh keserabutan, kepada Allah doa ku titipkan, agar ranjau yang ku lalui dipermudahkan, aku tahu, aku mampu menghadapi ujian-Nya, kerana Dia takkan membebankan hamba-Nya, kerana aku tahu, setiap ujian-Nya, adalah kerana Dia "rindu", adalah kerana Dia mahu, aku membasahkan lidah ku, dengan zikir, doa dan permintaan aku merendahkan diri ku, dengan solat dan amalan kepada-Nya. Ya Allah, ramadhanMu akan aku rindu, Ya Allah, permudahk

perniagaan online, barang antik dan collectible

Image
perniagaan online... buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk terjun ke arena ini. masih hijau dan masih mentah.. belum pun sampai sebulan... hasilnya..alhamdulillah... tak mengecewakan untuk seorang newbie macam aku ni... syukur... rezeki ramadhan.  insyaAllah servis yg terbaik akan diberikan... kepada yang berminat dengan barangan klasik, antik dan barangan collectible... bolehlah ke  blog sy yg satu lagi... http:// i-am-not-a-collector.blogspot.c om mana tahu ada barang yang korang suka... boleh order...

Kadar Zakat Fitrah 2014 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia !

Image
Salam Ramadhan.  Sudah lama aku tak update blog atau menulis entri-entri baru. Banyak faktor-faktor yang menghalang aku untuk menulis tapi faktor yang paling utama adalah MALAS (aku tak jumpa alasan lain yang lebih layak).!! Hehehe... Diam-diam dah masuk tengah bulan Ramadan dah tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah. Hari ini dah 15 Ramadan. Tengok kat langit malam ni bulan penuh sudah keluar, maknanya hari yang ke-15 la tu kalau ikut kalendar bulan Islam. Jadi maknanya kita ada 14-15 hari lagi nak berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini, dan tempoh ini juga memberitahu kita bahawa anda ada 14-15 hari juga untuk mengeluarkan zakat fitrah. Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014 untuk negeri-negeri di Malaysia. Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan! Bagi mereka yang terlupa bab-bab zakat ini, berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan zakat fitrah sebagai panduan kita bersama (Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor ) Apakah pengertian Zakat Fitrah? Zakat fitrah ialah zakat diri y

entry poyo entry ke 500, kekejaman israel, bulan puasa dan seronoknya jadi penjual barang collectible online

salam... ini entry saya yang ke 500, cukup lama saya membiarkan ruangan blog ni. memang tiada idea yang menyinggah untuk buatkan entry ke 500 ni.  mesti ada yang cakap saya poyo. entry baru 500 nak buat entry special bagai. YA, memang saya poyo, ada apa masalah?..  hahahahah, tenang pembaca semua hanya satu gurauan agak kasar dari saya, tapi tak berniat apa-apa pun.hanya gatal untuk mencatat apa yang patut.. akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan dengan kekejaman israel ke atas rakyat palestin. timbul kesedaran, tatkala umat islam berpuasa, ada saudara kita diancam keselamatan dan nyawanya. tapi apakan daya, apabila israel yang kecil itu dilindungi dengan "syaitan besar" maka, satu jalan penyelesaian ibarat menarik rambut dalam tepung terpaksa dicari.  kepada saudara ku di Palestin, doaku sentiasa untukmu. teruskan perjuanganmu wahai pejuang-pejuang, cabutlah ketakutan dari dalam dirimu, tentanglah mereka sedaya-upayamu. darahmu adalah mahar untuk bidadari syurga yang sedang