muhasabah subuh akhir ramadhan

ramadhan...
hadirmu membawa 1000 rahmat,
pergimu membawa 1000 perasaan,
ketemukah aku denganmu tahun hadapan?

Ramadhan,
kau lah guru,
kaulah sekolahku
kaulah universitiku,
terima kasih atas didikan mu,
sesungguhnya aku mahu menjadi lebih baik

Ramadhan
ketika ini, aku masih muhasabah diri,
ketika ini aku masih mencari,
ke mana hala kehidupan fana ini,
walaupun aku tahu destinasi akhir ku,
tapi ranjau kehidupan bagaimanakah yang ingin ku lalu?

Ramadhan,
subuh hening 29 ramadhan,
dingin udaramu kuhirup nyaman,
walau hati penuh persoalan,
walau fikiran penuh keserabutan,

kepada Allah doa ku titipkan,
agar ranjau yang ku lalui dipermudahkan,
aku tahu, aku mampu menghadapi ujian-Nya,
kerana Dia takkan membebankan hamba-Nya,
kerana aku tahu, setiap ujian-Nya,
adalah kerana Dia "rindu",
adalah kerana Dia mahu,

aku membasahkan lidah ku, dengan zikir, doa dan permintaan
aku merendahkan diri ku, dengan solat dan amalan
kepada-Nya.

Ya Allah, ramadhanMu akan aku rindu,
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku sebelum mengadapMu
Ya Allah, cekalkanlah diriku menjaga amalku kepadaMu
Ya Allah, pimpinlah aku memperbaiki amalku kepadaMu
Ya Allah, perkenanlah doa-doa ku, aku bermohon kepadaMu

aku sedar, aku pernah angkuh dalam diriku,
aku sedar, aku pernah leka dalam kehidupanku,
aku sedar, aku pernah lalai dalam ibadahku,
aku sedar, aku pernah lupa akan diriku,
tetapi aku bersyukur, segala apa yang berlaku,
tersembunyi hikmah untuk aku pelajari,
terkandung pelajaran yang tak aku sedari.

selamat tinggal RAMADHAN, semoga aku kan bertemu mu di tahun hadapan

29 Ramadhan
27/7/2014


Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!