Cerita Unit Trust : RM 100? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Seratus ringgit? RM 100? Berapa cepat duit RM 100 boleh hilang dari wallet kita?
Aku tak tau la korang, tapi kalau korang bagi RM 100 kat aku, aku boleh setelkan dalam masa 30 minit. Pergi petrol pam, isi minyak penuh RON 95 (60 liter x RM 1.70) = RM 102. SELESAI!
Kalau korang ada note RM 100 lagi, bak sini bagi aku. Nak beli rokok pulak, Malboro Light RM 13.50 x 10 kotak = RM 135.00. SELESAI untuk stok aku naik laut.
Memandangkan aku boros dan kurang disiplin bab menguruskan perbelanjaan duit cash ni (sebab aku pakai CC), dari segi lahiriahnya memang boleh jatuh muflis.
Cukup la bebelan, balik ke perkara pokok. Aku tak mahu RM 100 keluar dari poket aku tanpa kembali semula. Jadi aku mula buat simpanan untuk anak kecik aku, Acha! Buat satu akaun unit trust Public Islamic Opportunity Fund untuk dia, isi borang Direct Debit RM 100, pastu jangan tengok-tengok dah.
Akaun PIOF Acha yang aku bukak dan simpan RM 100 sebulan sejak Acha umur 11 bulan. |
Konsisten tanpa miss (sebab aku buat direct debit. Tak sempat nak pakai, dia dah sedut dulu masuk akaun Acha.) |
Jumlah pelaburan yang dibuat dari Day 1 sampai 20/2/15 = RM 8700 |
Kalau withdraw sekarang, value sudah RM 13232 (benar pada tarikh tertera)!! |
Hmm..not bad la. Dari duit RM 100 sebulan tu hilang entah ke mana, at least ada la hasil sikit.
Kesimpulannya, inilah power of Forced Saving secara Direct Debit. Lebih disiplin, lebih konsisten!
KORANG NAK BUAT SAVING UNTUK ANAK-ANAK KORANG?
Boleh whatsapps / sms / call aku di 012-9196006 (FARID - UNIT TRUST CONSULTANT)!
Comments
Post a Comment