Kisah Bapa Yang Luar Biasa
Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini.
Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta'
Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.
Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak
Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.
Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?
Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.
Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.
Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta
SAIFUL NANG
Saya tiada komen untuk coretan Saudara Saiful Nang kerana coretan ini telah menyampaikan maksudnya dengan jelas.
Anda juga boleh menjadi ibu bapa yang luar biasa, yang berfikiran jauh ke hadapan dan menyediakan hadiah terbaik untuk masa depan anak anda. Mulakan simpanan anda pada hari ini.
Chan Chin Chow
Comments
Post a Comment