Posts

Okey ke Meminjam Untuk Pelaburan?

Image
Okey ke meminjam untuk pelaburan? Ni tak payah jawab pun dah tahu jawapannya. "TIDAK OKEY meminjam untuk pelaburan" Kalau ada UTC yang gatal-gatal suruh buat loan sebab nak buat investment, "sekolahkan" je dia. Sebab, kalau meminjam untuk melabur akan mengurangkan 'hasil' pelaburan. Dah tentu la dividen pelaburan 'dihakis' dek interest loan tu. Contohnya, pinjam RM50,000. 20 tahun. Bulanan RM329. Bank bagi rate BLR-1.65 jadi kadarnya 4.95 % So k alau tidak amik dividen tiap-tiap tahun tu, dapat la lepas 20 tahun nanti RM261,263. Betul ke? Oh..No No No..Jangan lupa ini loan, so ada bahagian yang kena bayar bank.. Kalau tak meminjam, tapi buka akaun RM1000. Simpan 20 tahun. Bulanan RM329. Dengan purata rate 12% saja la ( nanti bagi tinggi2 terkujat pulak). Lepas 20 tahun, dapat RM285,427...Betul ke??? Betullll..ini semua duit anda, tak payah bayar bank pun.. (Sesapa ada smartphone, sila download financial calculator dan masuk sendiri figure) Pehtu, rug...

Yuran Pengajian IPTS di Malaysia

Image
Semua ibu bapa inginkan pendidikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Semua ibu bapa inginkan tempat pengajian yang terbaik untuk anak masing-masing dan kalau boleh tu di IPTA yang berprestij dengan biasiswa dari korporat atau JPA. Tetapi adakah semua anak-anak yang cemerlang itu mendapat tempat di IPTA beserta biasiswa. Yang paling penting, adakah anda bersedia untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak anda? Untuk langkah selamat, mari kita membuat pelan pengajian untuk anak masing-masing. Ambil satu kolej atau universiti swasta. Saya pilih Taylor's University dan KDU College untuk rujukan la. Taylor's University : Diploma Senibina RM73K dan Ijazah Senibina RM105K. KDU College : Diploma Business Admin RM33K, Diploma Accounting RM 38K dan Diploma Mass Comm RM45K. Ijazah Business Management RM65K. Itu baru yuran pengajian. Kalau termasuk sara hidup pulak macam mana. Course untuk diploma 2-3 tahun. Course untuk ijazah 3-4 tahun. Kalau RM1000  diperlukan sebulan unt...

Selamat ke Kerja Makan Gaji.

Image
Selamat ke kerja makan gaji? Kalau zaman mak bapak kita, generasi dahulu mungkin selamat la kerja makan gaji. Terutamanya yang ada ijazah. Sebab orang dulu-dulu tak ramai yang ada ijazah. Zaman sekarang ni lain, yang ada ijazah ni ramai sangat dah. Ditambah lagi dengan ekonomi global pun tak menentu. Memang tiada jaminan lagi untuk job security ini. Kerja di sektor awam pun tiada jaminan lagi, tambahan pula sekarang kerajaan sedang mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Tema sekarang 'Perkhidmatan Awam  Kejat' namanya. Skim SBPA yang dibatalkan oleh PM tempoh hari mengariskan yang penjawat awam boleh diberhentikan melalui 'Exit Policy'. Walaupun SBPA batal, saya berpendapat Exit Policy akan diteruskan di masa akan datang. Solutionnya ialah dari sekarang mesti ada rancangan untuk financial security memandangkan job security dah tiada. Baca la buku Rich Dad Poor Dad untuk dapatkan konsep yang jelas berkenaan perkara ini. Bayangkan, anda ada diploma dan degree dalam bidang pr...

Nak Berjaya Kena Berusaha

Image
Kalau nak berjaya kena berusaha. Pernah dengar tak cerita budak yang pemalas tetapi suka berangan nak kaya. Sinopsisnya macam ni la lebih kurang. Si Awang ni hari-hari berangan saja kerjanya. Berangan nak kaya tetapi malas nak kerja. Keluarga Si Awang ni ada tanah yang luas tetapi bapa dia dah tua dan banyak tanahnya terbiar saja. Bila bapa dia meninggal dunia, ibu Si Awang ni pun panggil anaknya tu dan bagitahu yang arwah bapanya berpesan yang dia ada tinggalkan harta karun kat tanah mereka yang luas ni untuk warisnya. Si Awang pun teruja, dia mula la mencangkul mengorek dan memunggah kawasan tanah yang luas tu tapi masih tak jumpa harta karun tu. Alang-alang dah tanah tu dibersihkan, terus saja Si Ibu beritahu yang sementara tak jumpa harta karun tu, tanam la sayur-sayuran dan buah-buahan, mana la tahu nanti ada terjumpa harta karun. Si Awang ni walaupun malas bekerja tapi dia sayang ibu dia dan ikut cakap ibu dia. Tak lama kemudian, tanaman pun mengeluarkan hasil. Si...

Rahsia Pelabur Bijak : Kenali Prospektus

Image
Kalau nak buat pelaburan, sangat la digalakkan supaya baca prospektus dahulu. Bila dah dapat prospektus, dah tak tahu apa pulak nak tengok sebab banyak sangat info. So, banyak sangat info..dah tak paham pula..Macam mana ni? Saya bagi tips ringkas berkenaan perkara yang perlu dilihat dalam prospektus. Apa itu prospektus? Dokumen penting yang boleh bantu kita buat keputusan sebelum melabur. Selalunya akan diiringi oleh adiknya seperti Quaterly Fund Review (QFR) atau Interim. Dimana mahu dapatkan prospektus. Di laman web Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau klik ajer kat SINI Objektif Pelaburan Pastikan objektif pelaburan itu sesuai dengan objektif anda. Strategi Pelaburan. Lihat asset allocation dan strategi pelaburan serta peruntukan asset. Profil Pelabur. Pastikan profil pelabur anda sesuai dengan profil dana. Prestasi kewangan. Panduan yang sangat berguna, terutamanya dana lama yang telah menghadapi tahun-tahun kesukaran ekonomi. Yuran dan caj perkhidmatan. Pastikan anda tahu caj perk...

Apa beza Public Mutual dengan mutual fund lain.

Image
Apa beza Public Mutual dengan mutual fund yang lain? Sama jek invest dengan Public Mutual atau yang lain tu. Betul ke sama saja invest dengan Public Mutual dengan company lain. Macam naik kereta la, naik kereta cap ayam ker, cap ikan ker, cap burung ker, cap singa boleh jugak sampai dari Perlis ke Johor. So, boleh la beli mana-mana kereta. Betul ke macam tu? Betul kerrrr??? Kalau nak beli kereta mesti la kita pilih betul-betul kan. Nak yang harga ok. Yang high performance. Yang maintenance kos rendah. Yang customer service support yang ok selepas jualan. Yang branch atau services center banyak sebab senang nak service kereta. Yang dapat banyak award. Yang ada added value. Betulkan macam tu? Sama la dengan mutual fund. Kalau nak beli, beli yang harga ok tapi high performance macam dana siri Public Islamic. Syariah compliant lagi. Yang maintenance rendah  (servis caj rendah), cuma 5.5% saja. Yang dapat banyak award, cuba tengok sini . Yang bany...

Langkah Pertama

Image
Langkah pertama selepas lulus exam dan dan dapat lesen ialah bercakap kepada keluarga dan kawan-kawan berkenaan unit trust. Itu ialah warm market. Maksudnya, dengan orang yang kita kenal. Mungkin kawan-kawan kita tak pernah dengar pasal mutual fund atau tak pernah ada orang approach dia. Atau kawan-kawan tak invest sebab tak kenal mana-mana UTC. Atau kawan-kawan yang pernah invest tapi UTC dia hilang atau sudah tidak memberikan servis yang baik kepada dia. Mula dengan kawan-kawan dan orang sekeliling kita dahulu. Dulu masa belajar berjalan. Kita mula dengan langkah pertama dahulu. Kalau jatuh pun kita bangun balik kan? Sekarang dah boleh berlari pun. Macam itu juga bila jadi UTC. Kita mulakan dengan langkah pertama iaitu keluarga dan kawan-kawan kita. Kongsi dengan mereka berkenaan pelaburan dengan mereka. Kalau mereka tak melabur pun tak apa, tapi kita dah kongsi. Dah praktis bercakap. Dah confident untuk bercakap lagi berkenaan pelaburan. Kalau nak bercakap dengan ...