Posts

1st project sebagai pelajar... saya budak baru belajar...

Image
tugasan  pertama interpretasi pelancongan... buat brochure... simple2 je...  don't expect much eh....

Cerita Unit Trust : RM 100? Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Image
Seratus ringgit? RM 100? Berapa cepat duit RM 100 boleh hilang dari wallet kita? Aku tak tau la korang, tapi kalau korang bagi RM 100 kat aku, aku boleh setelkan dalam masa 30 minit. Pergi petrol pam, isi minyak penuh RON 95 (60 liter x RM 1.70) = RM 102. SELESAI! Kalau korang ada note RM 100 lagi, bak sini bagi aku. Nak beli rokok pulak, Malboro Light RM 13.50 x 10 kotak = RM 135.00. SELESAI untuk stok aku naik laut.   Memandangkan aku boros dan kurang disiplin bab menguruskan perbelanjaan duit cash ni (sebab aku pakai CC), dari segi lahiriahnya memang boleh jatuh muflis. Cukup la bebelan, balik ke perkara pokok. Aku tak mahu RM 100 keluar dari poket aku tanpa kembali semula. Jadi aku mula buat simpanan untuk anak kecik aku, Acha! Buat satu akaun unit trust Public Islamic Opportunity Fund untuk dia, isi borang Direct Debit RM 100, pastu jangan tengok-tengok dah. Akaun PIOF Acha yang aku bukak dan simpan RM 100 sebulan sejak Acha umur 11 bulan. Konsisten tanpa miss (sebab aku buat ...

facebook down, terhenti seketika aktiviti bisnes

facebook down!, facebook down! patutlah susah benar nak masuk. balik-balik tertera mesej "website not available", ingatkan internet buat hal.. ya lah, sy punya mainpage dah set ke facebook, bukak browser je terus terpacul laman sosial ni. maklum sajalah, byk aktiviti tertumpu di facebook terutama aktiviti jualan laman koleksi dan antik. nampak gayanya, berehat seketika, minum air, jengah laman-laman web yang lama ditinggalkan... hehehe... biasalah, relax sudah... takyah nak tensen sangat, jauh di sudut hati, memang tension.boleh dia terjadi masa semangat tgh membara... tak pasal2 terbantut semangat yg tengah meluap!

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Image
Disember 2014 , pantai timur sekali lagi diuji dengan bencana banjir yang tidak kurang dasyatnya. Seluruh Malaysia, jumlah mangsa banjir dipindahkan hampir mencecah 150,000 orang dan 85% daripadanya adalah mangsa dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tak payah ceritalah pasal kos kerosakan, sedia maklum dah. Memang terlalu banyak harta benda, rumah, kenderaan, keperluan asas dan lain-lain yang si mangsa sahaja yang tahu. Rumah yang dibina dari duit hasil kerja seumur hidup juga habis musnah. Aku doakan kepada mangsa-mangsa banjir agar bersabar dengan ujian yang dihadapi. InsyaAllah ada hikmah di sebalik ujian yang melanda. Kepada pada sukarelawan yang seikhlas hati membantu di sana, aku tunduk hormat pada tuan puan. RESPECT! Sumber gambar: Internet

kita sibuk memaki mereka tidak prihatin tetapi kita?

post kali ni agak emosi, emosi dengan kebodohan mereka yg aktif berpolitik.... semak! bodoh dan dangkal ibarat "dongkey" yang asyik berbunyi... aduhh cukuplah... ramai yg dok kondem org tu tak prihatin dan orang ni kurang prihatin, TETAPI, mereka-mereka inilah yang sedang di waktu lainnyamenggunakan ID peribadi yang lain sibuk MENGUPLOAD gambar2 gembira dan prihatin mereka di lokasi PERCUTIAN! wah....sunggu prihatin ya wahai BIAWAK.... patutlah berpolitik mcm tak ke mana, yang dikutuk dan dihina tu lah terus-terusan duduk di tampuk sedangkan pemimpin yang disokong terus2san terduduk... atau mungkin pemimpin itu hanya "selesa duduk dan memekak" bersama barisan "pengipas susah mati" ... paling menarik, hanyalah alasan,alasan dan alasan.... mahu sahaja aku sumpah jari mereka keras 7 keturunan dan mulut mereka BISU, lebih baik diam dari hidup menjadi BIAWAK hidup. mood: malas, disebabkan belum ada kesempatan nak menyumbang, aku memilih untuk tidak komen yg bur...

2014, tahun penuh pancaroba, 2015 ku mengharap sinar di hujung terowong yang gelap

2014 semakin menerjah ke penghujungnya. tak sampai beberapa hari lagi kita akan meninggalkannya. sesungguhnya tahun inilah aku menghadapinya dengan penuh pancaroba.kejayaan dan kegagalan sering bersilih ganti. roda kehidupan aku terus berputar laju. terlalu jelas kesan kedudukan atas dan bawahnya kehidupanku. apa yang berlaku, biarlah aku dan orang paling rapat yang mengetahuinya. aku masih dalam fasa belajar. aku masih dalam fasa bertatih. banyak ujian dan peperiksaan kehidupan aku perlu hadapi. faktor persekitaran, cita-cita, faktor diri, faktor minda faktor luar dan bermacam faktor x,y dan z dalam matematik kehidupan yang perlu di jawab secara subjektif, objektif dan uga pengiraan. tahun ini juga fizikal dan mental diuji. entahlah, emosi juga sering diuji. Alhamdulillah, aku masih teguh dan belum lagi roboh. walau ada ketikanya mahu saja aku lari dalam hutan bersenggama dengan alam sekitar tanpa ada orang lain yang menganggu. aku bukanlah seorang yang pentingkan diri. aku masih ada ...

tips survival diet di majlis buffet dan musim perayaan

bila membicarakan tentang diet dan menurunkan berat badan, majlis makan secara buffet dan musim perayaan semestinya menjadi satu cabaran yang maha hebat. dengan pelbagai makanan dan minuman terhidang dan sedia untuk dimakan pada bila-bila masa, selera yang selama ini DITUMPULKAN sudah pasti menjadi lebih kreatif dan lebih berinovatif untuk menjahanamkan usaha keras selama ini. jadi bagaimana hendak menyelamatkan program diet? seharusnya kita sendiri memjadi lebih kreatif, mungkin ramai yang tidak percaya, saya akan bangun mengambil makanan tak kurang dari 4 kali sebelum saya berhenti. mesti ramai tertanya-tanya, berapa banyak saya makan jika sampai 4 kali saya bangun untuk menambah makanan. saya boleh katakan, agak banyak dan cukup kenyang! di sinilah seharusnya kita menjadi lebih kreatif, tak salah jika anda mahu merasai kesemua hidangan yang dihidangkan. ada caranya, anda boleh mengaplikasikan strategi, "portion control" dan "calory counting". dan paling penting ...