Posts

Showing posts from June, 2012

Kategori UTC Yang Best

Image
UTC dalam industri amanah saham ini ada beberapa kategori. Ada yang best, ada yang tak best. Selalu kita dengar, UTC yang dah kita pilih untuk buat pelaburan dahulu dah tak aktif atau ditamatkan kontrak, itu kategori UTC tak best.  Jadi, siapa pula nak memantau pelaburan kita tu? Pening ok. Jadi macam mana nak pilih kategori UTC yang best..yang bukan jenis chipsmore..'Kejap ada, Kejap tak ada..' Kategori 1 : UTC Sepenuh Masa, Bukan Pelabur. UTC kategori ini memang memilih kerjaya UTC sepenuh masa. Tetapi jangan konfiden lagi, cuba tanya UTC ini apa yang motivatekan beliau untuk menjadi UTC? Dan yang paling penting adakah beliau melabur? Cara beliau bercakap berkenaan pelaburan penuh dengan passion dan knowledge sharing atau just memang nak push kita melabur? Biasanya UTC kategori ini memilih untuk menjadi UTC sebab duit. Beliau mungkin melabur atau mungkin tidak. UTC ini akan push kita untuk melabur sebab itulah motivasinya sebagai UTC. Banyak UTC baru berada dalam kategori ini

Kisah Bapa Yang Luar Biasa

Image
Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini. Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta' Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan. Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swas