Aku mau jadi kaya !!

Memang sudah ditakdirkan, kemewahan kebendaan menjadi subjek penting dalam menilai status kekayaan seseorang individu. Atas faktor itulah, banyak pihak (terutamanya pihak sales/marketing company) telah mengambil kesempatan menggunakan gambar rumah-rumah mewah dan kereta-kereta mewah sebagai "eye-opener" kepada prospek-prospeknya dan seterusnya menarik mereka untuk menyertai networking diorang sebagai "member".
Pakcik kayo!!

Gambar hiasan


Adakah itu salah?

Pada pendapat aku, suka hati diorang la. Setiap manusia ni diciptakan berbeza-beza dan amat unik. Malah, kalo kita ada anak 10 orang sekalipun, boleh dikatakan kesepuluh-sepuluh anak ini mempunyai fi-il dan perangai yang x sama. Balik kepada cerita di atas, pihak marketing sudah stadi dan mengkaji "behaviour" prospek-prospek mereka, ada yang miskin dan ingin hidup senang, ada yang dah senang nak hidup mewah pulak dan ada jugak yang "ala, aku x kisah". Jadi untuk prospek yang rasa nak merubah hidup mereka, mereka akan merasakan "ha, inilah yang aku cari-cari selama ini". Jadi, jika ada permintaan atas apa yang ditawarkan, so the deal is ON.

 Dah tu, apsal ko tulis cerita ni?

Aku terpanggil untuk menulis entri ini sebab kenalan aku (Si 'X') telah didatangi oleh seorang rakannya (Si 'Y') bagi menyertai satu MLM. 'Y' menceritakan bagaimana uplinenya hidup mewah setelah buat bende MLM ni. Si 'X' ini memang kurang berminat pasal MLM ini tapi dah tetamu, layankan aja. Setelah abis cerita, si 'Y' tanya kat kenalan aku "Bro, boleh pinjam RM35 ribu tak? Nak buat modal beli produk." Terus tersentap si 'X' dengan request itu dan terus cakap "Lepas ko habis minum ni, sila lah balik".. Hahaha..Cool!

Secara peribadi, aku rasa MLM telah dipandang serong oleh sesetengah lapisan masyarakat sebab scam2 camni la. Kalau upline dia sangat kaya nak mati, kenapa la si upline dia tak pinjamkan duit kat downline dia yang miskin ni.? kenapa suruh orang bawahan nya pi kesana kemari untuk pinjam duit untuk modal nak jadi kaya cam dia...dunia oh dunia...!

-farid-

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!