ASB Return 53% setahun ??

ASB merupakan satu instrument pelaburan yang famous di kalangan kaum Bumiputera sejak zaman purba lagi. Sifat unit yang tetap harganya (seringgit seunit sejak ditubuhkan tahun 1990), berserta kadar dividen yang "OK la" dan konsisten setiap tahun menjadikan ASB pilihan ramai.

Sejarah dividen ASB

Berikut adalah pengagihan dividen + bonus ASB sejak 1990 hingga sekarang.

TAHUN
DIVIDEN + BONUS
2013
7.75 + 1.15
2012
7.70 + 1.25
2011
7.65 + 1.25
2010
7.50 + 1.25
2009
7.30 + 1.25
2008
7.00 + 1.75
2007
8.00 + 1.00
2006
7.30 + 1.25
2005
7.25 + 1.75
2004
7.25 + 2.00
2003
7.25 + 2.00
2002
7.00 + 2.00
2001
7.00 + 3.00
2000
9.75 + 2.00
1999
8.50 + 1.50 + 2.0
1998
8.00 + 2.50
1997
10.25 + 1.25
1996
10.25 + 3.00
1995
10.0 + 3.00
1994
9.50 + 4.50
1993
9.00 + 4.50
1992
7.50 + 5.00
1991
8.50 + 4.00
1990
8.00 + 6.00

Dari jadual di atas, korang dapat lihat ASB declare dividen 7.75 sen seunit (or 7.75% sebab unit ASB harga RM 1.00 FIXED) dan bonus sebanyak 1.15% bagi tahun kewangan 2012.

So, secara teknikal nya, kalau korang ada duit ASB sebanyak RM 100K pada 2-Jan-2012 dan dividen diumumkan sebanyak 7.75 sen seunit (or 7.75%) pada akhir tahun kewangan 31-Dec-2012, korang akan dapat dividen sebanyak RM 7750 bila korang update buku ASB pada 2-Jan-2013.

Bonus ko tak nak kira ke?

Untuk makluman, dividen dan bonus tahunan tu cara kiraan berbeza.
  • Formula kira dividen ASB, sila rujuk entri  ini.
  • Formula kira bonus ASB adalah seperti berikut:

Katakan ASB declare bonus 1.15% pada hujung 2012
Bonus ASB bulanan =  Baki minimum bulanan x (1.15 / 120) * 100 ----- (1)  
Bonus ASB yang dapat pada 2013 = Jumlah {bonus ASB bulanan (1) selama 120 bulan}

Apsal kena bahagi 120? 
Sebab bonus tahunan dikira atas jumlah bonus bulanan korang for last 10 years (atau 120 bulan).

Maknanya, kalau sekarang ni tahun 2013, untuk kira bonus, dia akan totalkan bonus ASB bulanan korang dari tahun 2003 hingga 2012 !!!
Pendek kata, kalau setakat bukak akaun tak sampai setahun, boleh abaikan kan la bonus tu.

Untuk tujuan elearning kali ini, nak bagi senang kira dan tak nak serabutkan otak, kita totalkan je la dividen dan bonus ni 
7.75% dividen +1.15% bonus = 8.9%*!

Camne aku buat ASB return 53% setahun??

Sebenarnya, aku pakai teknik OPM.

OPM ni maksudnya Other People Money dan dalam kes ASB ni, Other People tu merujuk kepada bank!
Yes, aku telah apply teknik OPM menggunakan ASB Loan.

Sekitar tahun 2010, aku buat ASB loan sebanyak RM 180K dan jumlah pembayaran bulanan aku adalah seperti berikut:

  • MBB ASB Loan  (50K) - RM 310 sebulan
  • EASY-RHB ASB Loan (100K) - RM 380 sebulan
  • MBB ASB Loan (30K) - RM 180 sebulan
Total komitmen bulanan aku untuk ASB loan dalah sebanyak RM 870.  

So, dalam setahun, aku kene bayar dalam RM 870 x 12 = RM 10440.

Hujung 2012, katakan la ASB declare dividen 8.9%, so dividen aku adalah seperti berikut:
Dividen ASB tahun berakhir 2012 ---> RM 180,000 x 8.9% = RM 16020

Memandangkan aku hanya keluarkan RM 10440 setahun, tapi Return on Cash aku adalah:

% Return on Cash = [(Total Dividen - Cash Spent) / Cash spent] x 100
                             = (16020 - 10440) / 10440] x 100
                             = 53.4% setahun.

So, tu je teknik OPM tu, pakai duit orang i.e. BANK! .

Hasil selepas 4 tahun! Walaupon dividen tahunan meningkat, bayaran bulanan masih sama RM 870!



Kalau kita simpan sendiri duit dalam ASB tiap-tiap bulan tak OK ke? Tak payah amik loan.

Aku: "Ewah, kalo kereta yang susut nilai ko sanggup amik loan 9 tahun. ASB tak sanggup."

Aku bagi contoh.
Katakan korang boleh simpan cash sebulan RM 870 jugak, hujung tahun dalam ASB jumlah terkumpul adalah RM 10440.

Bila declare dividen 8.9%, RM 10440 x 8.9% = RM 929 (nilai sebenar kurang lagi sebenarnya, refer kiraan dividen ASB).

So, aku rasa kalau bab nak beranakkan dividen, cara top up sikit2 pakai cash ni lambat.

"Kalau tanak pinjam bank, boleh tak aku pinjam duit beradik, kawan-kawan or sedara mara ke kalau nak buat teknik OPM ni?"

Aku menjawab, "Kalau ko muka tebal, makan semeja dengan diorang tanpa rasa segan kena perli, Silakan!"

Sekian, terima kasih.

p/s: Kesan buruk ASB loan ni, dia appear dalam CCRIS so mungkin akan menyusahkan korang kalau nak apply loan lain!

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!