teknik pernafasan kempiskan perut

perut boroi bukan mudah nak kempiskan. tak caya tanya kepada mereka yang gembira dan boroi. hehe... jangan marah kengkawan yang terlibat. taknak terasa tau.

teknik pernafasan juga penting. teknik yang saya akan ajarkan dapat membantu untuk menguatkan otot perut. otot yang longgar hanya akan menyebabkan perut bertambah boroi. kesan berganda akan didapati jika diamalkan bersama senaman sit up.

tekniknya amat mudah... boleh dilakukan bila-bila masa. di mana sahaja.

asas kiraan 10. perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung sambil mengempiskan perut dalam kiraan 10, tahan perut dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut tanpa melepaskan perut yang ditahan tadi juga dalam kiraan 10. ulang sebanyak mana yang boleh. selepas beberapa kali melakukan teknik ini, kesan otot perut menegang dapat dirasai. secara tak langsung, anda mula membina six pack dan mula membuang single sack.

mudah bukan, itulah tummy tuck breathing technique yang saya sedang amalkan dan kesannya, penurunan saiz pinggang yang memuaskankan.

selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!