Gimik Jualan Rumah yang Meng"Tension" kan!

Aku baru settle BATALKAN satu pembelian rumah yang aku nak beli atas dasar "follow the crowd"! 

Beberapa bulan lepas, ada satu fenomena yang melanda aku dan rakan-rakan yang bercita-cita nak membuat duit melalui pelaburan hartanah. 

Banyak iklan-iklan property sebelum ni yang melintas di website, facebook dan surat khabar tapi aku tak ambik 'port' pon tapi iklan yang satu ni benar-benar mengujakan.

"BELI RUMAH DAPAT RM 40 RIBU"

Dengan ayat tersebut, promosi di lakukan di SSP2, Cyberjaya telah berjaya menarik minat potential buyer sampaikan pengunjung yang "LAMPI" (LAMBAT PIKAP) cam aku ini terpaksa berjalan kaki jauh sebab takde parking yang berdekatan. 

Sampai sana, pihak developer X dengan kerjasama pihak financing , Y telah memberi penerangan tentang property mereka dan apa pakej yang mereka offer (yang mana rata-rata pengunjung lebih berminat tentang RM40K tu!). Dia jual studio unit 500 sqft pada harga RM 285,000 dengan 17% diskaun.

Apa kesan hasil promosi tersebut? 

SOLD OUT BEB! 300 lebih unit habis dijual sebelum jam 1 tengah hari. Isi form, pilih unit dan bayar RM1000, cari financing and the unit is yours!

Aku dan rakan aku yang "LAMPI" tak melepaskan peluang nak "follow the crowd". Apa unit yang ada, bedal je. Tak de masa dah nak tgk fengshui2, matahari petang arah mana, bekalan air kuat ke tak dan sebagainya.

Habis citer hari pembelian. Last week aku terpaksa cancel unit tersebut atas sebab-sebab yang korang boleh baca dalam surat ini. 

(Atas sebab-sebab keselamatan, aku 'hidden'kan maklumat tertentu. Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang korang rasa sesuai .. hehe)

Surat cancel page 1
Surat cancel page 2

So, inilah akibat kalau kita follow the crowd tanpa usul periksa. Mungkin korang cakap offer ni OK. 
Tapi bagi aku yang berbajet ciput ni, aku rasa mungkin bukan rezeki aku kot. 

p/s: Akhir kata, banyak offer kat luar sana. Pepandai la korang nak filter yang mana intan, yang mana kaca.





Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!