Melatih anak budaya menabung..!

Dewasa ini, aku baru perasan aku ada satu perangai aneh yang aku tak pasti orang lain ada perangai yang sedemikian rupa. AKU SUKA PERGI BANK !!

Walaupun bunyi macam 'poyo' je, "ala, nak kabor kat orang dia banyak duit la tu", sebenarnya jangkaan korang salah. Aku tak se'poyo' itu. Aku hanya jejaka hensem!

Sudah jadi tabiat bila aku ada masa terluang aku akan pergi ke bank yang berdekatan dengan anda untuk top up 20 ringgit kat akaun saving aku, beli sijil premium beberapa unit kat BSN, sembang-sembang dengan staff bank pasal produk2 terkini (Tak beli pon, sebab so far staf yang layanku jantan-jantan belaka, takde rezeki kot), bawak tabung harimau Acha dan apa-apa aktiviti yang boleh di buat di bank termasuklah bawa kasut koyak untuk di'repair' oleh cobbler-cobbler yang duduk depan bank tersebut.

Balik ke tahun 1988, sebenarnya aku telah terdedah dengan aktiviti perbankan (pergi bank je!!) sejak aku berusia 7 tahun lagi. Ni BAPAK aku la punya kerja. Setiap minggu, bapak aku akan bawak aku pergi ke bank BSN kat Kompleks PKNS Shah Alam untuk menyimpan lebihan duit poket sekolah aku untuk minggu tersebut. Setiap minggu!! Sampai ada time aku berasa tension, time aku nak main, time tu la dia suruh siap pergi bank.

Gambar hiasan (Kami Mesti Pilih!!)

Banyak sangat ke duit belanja sekolah ko sampai tiap-tiap minggu kena simpan?

Seperti kanak-kanak lain, aku bersekolah SRK pada sebelah pagi, dan pada sebelah petang sekolah agama. Sejujurnya, belanja sekolah aku sehari masa aku darjah 1 sampai darjah 3 sebanyak RM 1.00 dan dinaikkan RM1.50 masa darjah 4 hingga darjah 6. Itu duit belanja sehari. Pandai-pandai la bajet.

Gambar Hiasan

So berapa banyak ko boleh simpan? 

Setelah berjaya menepis hasutan rakan-rakan sebaya untuk perabih duit beli buku stiker "Street Fighter" yang famous pada zaman tu, aku berjaya simpan dalam 20-30 sen sehari. Bila dijumlahkan aku boleh simpan sebanyak seringgit!! (RM 1.00!!) dalam seminggu.

Hujung minggu sebelum pergi bank, BAPAK aku akan suruh aku isi form slip "simpanan" yang memang dia ambik sebundle dari bank dan simpan kat rumah. Selain melatih seni tulisan aku, secara tak sengaja ia turut melatih menajamkan fikiran aku hingga sampai sekarang, aku still hafal nombor akaun BSN tu walaupon buku akaun itu dah lama pupus (no acc: 102x2xx.)

Ko tak rasa cacat ke pergi bank sebab nak simpan seringgit??!!

Sebagai 'rewards' dari BAPAK aku sebab aku disiplin, dia akan double berapa yang aku simpan. Kalo aku ada save seringgit, dia tambah seringgit. Kalo 2 ringgit, dia bagi 2 ringgit. Since time tu aku rasa seringgit tu banyak, so kira deal yang BAPAK aku buat tu kira ok la.

So, aku rasa teknik yang BAPAK aku gunakan kat aku untuk menanam sifat suka menabung ni kira berjaya la. Bukan duit banyak atau sikit yang jadi ukuran. Yang penting, sekarang ini aku masih suka menyimpan. Itu sahaja!

p/s: Kalo la aku ini panjang akal sejak kecik lagi, aku pinjam duit orang sejuta ringgit. Pastu BAPAK aku akan doublekan...hahaha..pakcik kaya!!   

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!