Cash Refinance Dah Dapat, What Next ??
Selepas aku menulis entri berperang pasal bila refinance aku nak setel.
Alhamdullillah, misi refinance rumah pertamaku akhirnya selesai sehari sebelum cuti Krismas.
Ada member yang tau, ada yang tak tau.
Atas member-member yang tau, mereka terutamanya En. Saiful tanpa segan silu mengeluarkan majalah Motor Trader dan mencadangkan aku tukar "kereta sukan" Wira aku yang berusia 13 tahun tu. Dah reput katanya (kurang ajar btol! hehe). Tapi memang boleh tergugat jugak la, sambil membayangkan betapa aku hensem kalau pakai kereta BMW atau Subaru.
STOP, jangan berangan. Aku bukan refinance sebab nak beli kereta.
I have to plan the cash properly.
"Ingat, ini bukan duit aku, duit cash out pinjam hasil refinance rumah selama 35 tahun.!"
Setelah aku campur gaul kan semua benda yang aku tau, ni lah hasilnya. "Belajawan Dec 2013 - Jan 2014."
Berikut adalah apa yang aku consider untuk develop Bajet "Mesra Rakyat" yang paling konservatif ni:
So, itulah kisah perbentangan bajet aku ni. Apa masa ini, 70% dari plan sudah dilaksanakan. Kecuali ASB je tak boleh top up, kena tunggu 2hb Jan 2014.
Itu saja, happy reading. Selamat tinggal 2013.
Alhamdullillah, misi refinance rumah pertamaku akhirnya selesai sehari sebelum cuti Krismas.
Ada member yang tau, ada yang tak tau.
Atas member-member yang tau, mereka terutamanya En. Saiful tanpa segan silu mengeluarkan majalah Motor Trader dan mencadangkan aku tukar "kereta sukan" Wira aku yang berusia 13 tahun tu. Dah reput katanya (kurang ajar btol! hehe). Tapi memang boleh tergugat jugak la, sambil membayangkan betapa aku hensem kalau pakai kereta BMW atau Subaru.
Di mana ada lelaki, majalah ini mesti ada. |
I have to plan the cash properly.
"Ingat, ini bukan duit aku, duit cash out pinjam hasil refinance rumah selama 35 tahun.!"
Setelah aku campur gaul kan semua benda yang aku tau, ni lah hasilnya. "Belajawan Dec 2013 - Jan 2014."
Summary cash flow dalam bajet kali ini! |
- First, bayar hutang. Baik bank, kedai pajak mahupun bini, wajib kita utamakan hutang dulu.
- Menurunkan komitmen bulanan. Hutang CC dan PL melebihi 5k sebulan menyebabkan Debt Serving Ratio (DSR) tinggi. Susah aku nak buat pinjaman, sampai nak apply CC pon bank dah tak nak bagi.
- Membeli emas sebab satu, harga emas tengah rendah. Dalam 120-130/g. Yakinlah emas sebagai pelindung nilai sejati.
- Terus / penuhkan instrument pelaburan yang memberi pulangan lebih 7% setahun. Sebab dalam kes refinance ni, financing rate yang bank bagi dalam BLR - 2.45%. So, dalam 4.15% setahun kadar interest yang kena bayar. Anything above 7% per annum should suffice.
- Memaksimakan potongan cukai 2013. Private Retirement Scheme (PRS) dan SSPN adalah antara caranya, terutamanya bila tax bracket kita lebih 20%.
- Standby bullet for next investment. Untuk tujuan ini, cash tersebut kena berada ditempat yang senang dicairkan.
- Jimat dari membayar interest yang merepek-repek. Penuhkan balik OD untuk next investment rolling.
So, itulah kisah perbentangan bajet aku ni. Apa masa ini, 70% dari plan sudah dilaksanakan. Kecuali ASB je tak boleh top up, kena tunggu 2hb Jan 2014.
Itu saja, happy reading. Selamat tinggal 2013.
Comments
Post a Comment