rindu dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel... bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya... terbang di awan biru rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh.... rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai... masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati... hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu.... reflection oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien...
Comments
Post a Comment