Posts

Showing posts from August, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta!

Image
Hari ini 31 Ogos, aku ingin ucapkan "SELAMAT HARI MERDEKA". Mari kita rakyat Malaysia rapatkan barisan dan bersatu mempertahankan kemerdekaan negara kita. Hargailah pengorbanan perajurit negara mendaulatkan tanah air tercinta.  MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! p/s: Negara sudah 57 tahun merdeka, aku masih bertatih untuk keluar dari jajahan "hutang". Semoga aku dapat berlari dan terus "merdeka" satu hari nanti! Amin. 

Balance Transfer Again!

Image
Musim Raya dah berlalu, duit pon banyak dah habis. Hutang kad kredit sudah menggunung. Hakikatnya, aku kurang disiplin kalau bab berbelanja ni. Bajet bulanan sudah dibentangkan dan di"review" setiap bulan, tapi biasa la kita hanya merancang. Hasil perbelanjaan sepanjang bulan Julai, sampai sudah statement credit card (CC) aku bulan ni.  Statement balance bagi Maybankard untuk bulan ini, kena dalam RM 6000 ++.   Statement kebocoran duit! Untuk tidak kena interest, aku kena bayar PENUH sebelum due date iaitu 3 Sept 2014. Aku dah check bawah bantal, dalam tabung Rimau, bawah kerusi kereta, tak cukup nak bayar full bulan ni. So, jalan penyelesaian untuk ini adalah balance transfer. Download form balance transfer dekat website bank, isi hutang kredit kad bulan ni (campur dengan hutang-hutang kredit kad lain, kalau malas nak bayar) dan email balik ke email "customer service". Ni form yang aku isi dan submit pada 26/8/14. Total hutang transfer, RM 8800. Hari ni 29/8/14, a

syawal, hari lahir dan western union

sebulan lepas, ramadhan penuh rahmat kita tinggalkan... kini syawal melabuhkan tirainya, sebulan dipenuhi dengan sesi maaf memaafi dan rumah terbuka. meriah dengan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai lama dan baru, mengambil kesempatan untuk bertemu bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sepanjang tahun. ada juga cerita cerita melangkau zaman... masing-masing dengan agenda masing-masing. seronok mengeratkan silaturrahim yang dah terjalin. boleh dikatakan... tiada perasaan lain selain perasaan gembira. begitulah indahnya syawal... tapi, jangan dilupa, ada yang bersedih dikala syawal dan sambutannya hanya sekadar adanya.. ....................................………………… selamat hari lahir untuk aku... sekadar ucapan untuk diri sendiri... yang keberapa? a big 36! ramai cakap,age just a number... kenyataan sedapkan hati sendiri dari mereka yang tak dapat menerima hakikat  yang usia semakin meningkat. adakah tua itu menakutkan? tidak bg aku... aku takkan menyorokkan usia sebenar aku.

Semangat yang cuba dibunuh

Kenapa akhir-akhir ini, semangat yang semakin membara sentiasa dicabar? Fuh... bukan calang-calang. Walaupun aku dah lama bersedia, kadangkala ianya menyentap jantung hati aku. Terasa menusuk dalam jiwa kental aku ni... Pedih.. kadang kala, amat perit untuk aku telan. Ambil masa juga... untuk aku hilangkan kepedihan ini. belum lagi rasa dikhianati, apabila wajah manis yang pernah menyokong aku sebelum ni tiba-tiba menjadi ketat seketat korset tersalah saiz!! memang kecewa dan tersayat habis bila semua tu terjadi... Walau apa pun... halangan yang ada akan tetap aku diterjah... akan tetap aku redah... akan tetap aku lalui ranjau ni. Biarpun apa yang menghalang. aku perlu dan mahu kembalikan semangat aku yang dulu... ya... aku harus membina tembok china demi cita-cita dan azam yang aku tanamkan awal tahun dulu. harap sehari dua ni tembok yang mahu aku bina siap didirikan dan hati aku kembali keras dan teguh! mengadu bukanlah aku... bercerita kepada orang lain juga bukanlah aku... aku tahu

Hasil membangau hari ni, udang coet je yang naik

Image
Adoyai... rasa segan... malu pun ada, tapi demi kelangsungan blog edisi pendek ni.. aku post jugak. Tak kira la... kutukan ke, ape ke...  aku tetap nak mempoyokan diri... Hasil pancingan untuk hari ini, seekor udang yang teramat comel aka coet... aduh... mentang-mentang la aku ni newbie... lesen udang aku pun tahap newbie je... Entahlah... ujian barang kali. Abg jaggut bersepit biru masih lena diulit hujan yg turun agaknya. Tu yang dihantarnya  si kecik comel untuk mengganggu gugat kesabaran si pencari lesen udang... Alhamdulillah... si abg misai sengat sepasang tak menjamah langsung walau dijamu umpan spagheti/laksa johor/mee rebus(cacing da...) dan umpan tetap habis... disyaki gerombolan udang kecik yang mengerjakannya... sabo je la... hari ni bukan hari aku... jika esok masih ada... akan ku cuba mencari lagi lesen udang galah yang aku idam idamkan... lama dah teringin nak mkn udang yang baru naik dari dalam sungai... perghh... terasa kemanisan daging udang segar. p/s: sekurang-kuran

cashout ke 3, google adsense

Image
alhamdulillah... seperti jangkaan, lagi usd100 untuk aku setelah 8 bulan menanti... bukan satu jangka masa yg sekejap... sekurang2nya aku tau... masih ada rezeki dari usaha yang tak seberapa... syukur kepadaNya... mungkin aku akan meng“hijrah”kan pengiklanan salah satu blog ke google adsense... blog yang mana? adalah... tak perlu aku tuliskan di sini... biarlah aku memutuskannya... tu pun selepas pertimbangan sewajarnya dilakukan... apa salahnya jika aku boleh menambah pendapatan yg selama ini hanya dijana oleh youtube... tiba masa untuk melangkah lebih jauh... hehhee

OPR naik 25 mata? Apakah kita terkesan?

Image
Salam hormat kalian, Tanggal 10 Julai 2014, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate sebanyak 2.5 mata asas kepada 3.25 point.  Laporan berita berkenaan kenaikan BLR Abang Farid, OPR ni apa?  Sayang, sebenarnya bank-bank ni bukannya ada duit. Bila bank A nak buat bisnes bagi pinjaman kepada customer, bank A pun akan pinjam dari bank B.  Jadi, bank negara akan tetapkan kadar interest atas pinjaman antara bank ini. Kadar interest ini dipanggil Kadar Dasar Semalaman atau dalam bahasa jawanya "Overnight Policy Rate" or OPR.    So Abang Farid, bila OPR tinggi, apa kesan pada bank meminjam? Sayang, bila OPR naik, maknanya bank yang meminjam kena bayar interest tinggi kepada bank yang dipinjam. Jadi bank yang meminjam punya untung sudah kurang. Untuk cover loss ni, bank yang meminjam akan berpakat sesama mereka, dengan restu BNM untuk menaikkan BLR, naik sebanyak 0.25%  Untuk local bank seperti MxB, CxMB dan sewaktu dengannya, kadar BLR naik dari 6.6% k

testing testing free wifi di mcd

testing2.....update blog gunakan wifi@mcd. entri kalu ni bukan berkaitan boikot atau apa pun.. atau aku tak menyokong boikot ni... aku lebih suka ambil sikap berkecuali... walau jauh di sudut hati... aku menyokong boikot dan menyokong perjuangan rakyat palestin... VIVA PALESTINA!!! berbalik kepada tajuk entri... aku sebenarnya menghadapi masalah apabila mahu update blog di telefon andriod  apabila menggunakan tm free wifi.. entah mana silapnya. kebiasaannya... publishing fail... hingga menyukarkan aktiviti update blog terutama blog niaga barangan antik i am not a collector aku tu... maklum sajalah.. gambar gambar yang diambil menggunakan kamera di telefon, jadi lebih mudah untuk aku update blog menggunakan telefon juga. terasa leceh hendak menghantar gambar ke laptop... faham sajalah... walaupun apa hakikatnya... aku juga kurang berpuas hati dengan apps blogger untuk android ni.. HANYA SEKEPING GAMBAR SAHAJA DIBENARKAN. itu pengalaman aku sepanjang guna telefon android ni lah...  tapi

mahu setia dengan nuffnang atau berpindah kepada google adsense?

Image
aku dalam dilema! channel youtube yang "simple-mimple" sungguh, setelah beberapa tahun melibatkan diri dengan blog dan youtube, aku jadi berbelah bagi, nak teruskan iklan nuffnang atau aku terus sahaja tutup iklan nuffnang di kedua-dua blog? aku bersama nuffnang since aku mula kenal "pembayar" blogger. sempat jugalah merasa cash out dari nuffnang sekali. lebih sedikit dari nilai minima cash out. merasa juga duit dari iklan nuffnang ni.... Alhamdulillah... lebih-lebih lagi untuk blog aku yang tak seberapa. sasaran 100 pageview sehari pun jarang nak dapat. lepas beberapa ketika, berkenalan pulak dengan sang google adsense bila aku mula upload beberapa clip video yang aku edit dari siaran tv. clip-clip yang aku rasakan menarik dan tiba tiba... boom!, beberapa clip mendapat  sambutan hingga beratus ribu view dan share aku dapat. tatkala itu jugalah youtube menyalurkan informasi yang aku layak untuk menjadi "youtube partner" dan layak untuk menerima bayaran dar