Semangat yang cuba dibunuh
Kenapa akhir-akhir ini, semangat yang semakin membara sentiasa dicabar?
Fuh... bukan calang-calang. Walaupun aku dah lama bersedia, kadangkala ianya menyentap jantung hati aku. Terasa menusuk dalam jiwa kental aku ni...
Pedih.. kadang kala, amat perit untuk aku telan. Ambil masa juga... untuk aku hilangkan kepedihan ini.
belum lagi rasa dikhianati, apabila wajah manis yang pernah menyokong aku sebelum ni tiba-tiba menjadi ketat seketat korset tersalah saiz!!
memang kecewa dan tersayat habis bila semua tu terjadi...
Walau apa pun... halangan yang ada akan tetap aku diterjah... akan tetap aku redah... akan tetap aku lalui ranjau ni. Biarpun apa yang menghalang.
aku perlu dan mahu kembalikan semangat aku yang dulu... ya... aku harus membina tembok china demi cita-cita dan azam yang aku tanamkan awal tahun dulu.
harap sehari dua ni tembok yang mahu aku bina siap didirikan dan hati aku kembali keras dan teguh!
mengadu bukanlah aku... bercerita kepada orang lain juga bukanlah aku... aku tahu, usah diharap orang lain akan membantu jika aku tersandung dan tersungkur. hanya aku yang dapat membantu diri aku untuk bangun semula dan mula melangkah.
aku masih bersyukur... punya Allah dan isteri yang memahami dan sudi mendengar keluh kesah diri aku...
p/s: luahan cacamerba dari hati yg cacamerba jugak...
Comments
Post a Comment