syawal, hari lahir dan western union

sebulan lepas, ramadhan penuh rahmat kita tinggalkan... kini syawal melabuhkan tirainya, sebulan dipenuhi dengan sesi maaf memaafi dan rumah terbuka. meriah dengan sanak saudara jauh dan dekat, sahabat handai lama dan baru, mengambil kesempatan untuk bertemu bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sepanjang tahun. ada juga cerita cerita melangkau zaman...

masing-masing dengan agenda masing-masing. seronok mengeratkan silaturrahim yang dah terjalin.

boleh dikatakan... tiada perasaan lain selain perasaan gembira. begitulah indahnya syawal...

tapi, jangan dilupa, ada yang bersedih dikala syawal dan sambutannya hanya sekadar adanya..

....................................…………………

selamat hari lahir untuk aku... sekadar ucapan untuk diri sendiri... yang keberapa? a big 36!

ramai cakap,age just a number... kenyataan sedapkan hati sendiri dari mereka yang tak dapat menerima hakikat  yang usia semakin meningkat.

adakah tua itu menakutkan?

tidak bg aku... aku takkan menyorokkan usia sebenar aku. ya... ramai yang kurang suka apabila ditanya mengenai usia sebenar mereka...

takut tua atau takut mati... jawapan tu ada dalam hati setiap individu... siapalah aku mahu mempertikaikan jawpan mereka...

i am 36 and i am ageing gracefully...

………………………………………………………

western union...

perkara baru yang aku dapat belajar. itupun selepas aku terlibat dengan google. kiriman wang ke seluruh dunia paling efisyen. kiriman wang dari dublin baru diterima memang byk membantu lebih-lebih tatkala aku perlukan suntikan modal...

2 kali berurusan,wang begitu mudah untuk dipindahkan. tak sampai satu hari kiriman wang dari dublin dapat dikelurkan di malaysia... pantas, mudah dan tak perlu bersusah payah nak bank in... isi borang dan hulur ic... terus boleh ambil tanpa prosedur yang rumit.

amat bagus untuk mereka yang menggunakan pengiklanan google adsense. juga untuk mereka yang berhasrat mengirim wang ke serata dunia...

……………………………………………………

sesungguhnya.... dunia adalah sekolah,kehidupan adalah bilik darjah dan pengalaman adalah guru yang terbaik. kita akan terus belajar dan belajar hinggalah nyawa bercerai dari badan.

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!