Surat pajak emas adalah antara dokumen penting dalam simpanan rekod kita (sekiranya anda seorang pemajak). Awal tahun 2013, aku telah "misplace" surat pajak aku beserta slip pembayaran bagi penebusan stok emas tersebut. Al maklum la, siapa yang tak kenal skill penyimpanan rekod dan dokumen aku, memang "superb" sampai aku punya struggle nak cari surat beranak anak aku masa nak daftar sekolah darjah satu baru-baru ini. Gambar Hiasan - Contoh gaya menyusun fail yang bukan aku punya! So, apa korang nak buat kalau surat pajak hilang? 1) Call kedai pajak gadai korang. Cam kes aku sebagai dealer Public Gold, aku pajak emas kat Public Gold branch je, senang! 2) Bagi IC untuk mintak nombor surat pajak. 3) Buat Surat Akuan Berkanun. Surat tersebut mesti menyatakan nombor siri surat pajak dengan jelas. 4) Pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah (Commision of Oath) yang berdekatan dengan anda. 5) Dah setel semua, korang dah boleh pergi tebus balik gold korang. Contoh surat berkanun ...
rindu dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel... bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya... terbang di awan biru rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh.... rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai... masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati... hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu.... reflection oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien...
Diam tak diam, hari ni dah masuk hujung bulan dah (kalendar Masehi ye!). Sesiapa yang bekerja makan gaji sudah pasti sudah menerima gaji bulanan masing-masing hasil penat lelah mereka bekerja selama 30 hari. Tidak kurang jugak ada di antara kita di luar sana yang kembali kepada gaya hidup 'paling asas' mereka selepas 10 hari dapat gaji kerana duit hasil titik peluh mereka bulan lepas telah habis ditelan zaman. Simptom-simptom mereka kembali ke gaya hidup 'paling asas' amat mudah dikesan seperti makan sekali sehari, menelan mee maggi hari-hari, buat muka kesian pinjam duit dari keluarga dan kawan, sementara menunggu gaji masuk pada bulan seterusnya, jelas menunjukkan betapa kroniknya kewangan mereka. (ni pengalaman aku sendiri ye. Mujur ada kawan merangkap banker peribadi aku Cik Niza bagi pinjam duit RM 300 tiap-tiap bulan..hehe). Gambar hiasan (Ni kira ok lagi. Kalo housemate UTP aku dulu, En. Khai, dia masak dalam baldi) So bro, lu nak citer apa sebenarnya ni? Cukup...
Comments
Post a Comment