to many cheat, only to get less result
hari ini... genaplah seminggu setelah saya menimbang dan bergembira dengan kejayaan saya menurunkan berat badan. namun,saya tertewas dengan cheat yang saya cipta.
tewasnya saya tanpa dapat menurunkan walau sekilo. hari ini adalah hari untuk saya menimbang berat. rasa berdebar tetap ada.
apa kan daya... kurang bersenam barang kali. apa yang nyata, program festival perkahwinan dengan hidangan percuma telah menjebakkan saya dengan cheat yang tak sepatutnya.
takpelah... mungkin pengajaran untuk kali ini. jangan terlalu byk cheat. pengajaran juga untuk sesiapa yang hendak mencuba diet cara ini.
walau apa pun, tempoh seminggu akan datang saya akan berusaha lebih keras lagi. double up effort. 2 kg mungkin? tunggu sahaja minggu depan ye... dan kalau ada tip dan trick lagi, saya akan coretkan.
ps: wife sedang bergembira. saiz seluar terbarunya adalah 33 walaupun beratnya bertambah 1kg lagi. wah.. terus cabar siapa lebih cepat turunkan berat. heheh berat dah sama.... 71kg.
Comments
Post a Comment