Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!
I'm back my dear!
Hari ini aku nak kongsikan macam mana korang boleh kasi kurang bayaran bulanan anda.
Skil ini sebenarnya ramai yang telah aplikasikannya tapi lagi ramai yang tak tahu.
Sebab apa ramai yang tak tahu? Sebab bank takkan ajar, kecuali banker yang baik hati dan budiman. (Aku bukan banker, apatah lagi seorang busker. Aku hanya seorang lelaki yang mana hatinya sudah dimiliki orang..!!)
Cara-caranya:
- Masukkan semua gaji, duit sewa, duit kutu, duit KWSP dan apa jua sumber yang korang dapat dalam bulan tersebut dalam akaun housing loan flexi korang.
- Bank akan sedut bayaran ansuran bulanan (prinsipal + interest/hibah/profit) korang pada satu tarikh yang ditetapkan. Dalam kes aku, bank akan sedut pada 22hb setiap bulan.
- Bank akan kira interest / profit berdasarkan baki semasa dalam akaun flexi tersebut. (Kalau baki dalam akaun adalah tinggi, maka interest akan kurang.)
- Lepas bank dah sedut, korang pakai la balik duit tu.
Faham tak? Kalau kurang jelas, lihat contoh real akaun aku seperti berikut:
Gambar 1: Ini contoh LO yang aku dapat suatu masa dulu. Jumlah loan adalah RM 490,000. |
Gambar 2: Ini isi perut LO tadi. Diringkaskan, untuk loan RM 490K, aku kena bayar RM 2,229 dari bulan pertama selama 35 tahun! |
Gambar 3: Realitinya, setiap 22hb bank akan sedut installment (Lihat bahagian "Debit"). Tapi kenapa tidak RM 2,229? Kenapa RM 1700 - 1800 sahaja? |
Gambar 4: Bayaran bulanan kurang kerana aku parking sekejap duit aku setiap bulan (Lihat bahagian "Credit") |
So, korang sudah jelas?
Kesimpulannya disini, kalau pinjam RM 490K, korang tetap wajib bayar RM 490K (prinsipalnya).
Kita hanya boleh jimat interest bank dengan teknik ini, sekaligus mengurangkan bayaran keseluruhan dan memendekkan tempoh bayaran!
Teknik ini hanya boleh digunakan untuk
- Housing loan yang Flexi & overdraf, bukan term loan.
- Flexi loan yang menggunakan Daily Rest Interest.
p/s: Flexi loan ini maksudnya loan yang akaunnya flexible, boleh masuk dan boleh keluar balik via ATM atau buku cek. Kalau korang punya loan takde ATM card or cheque book, tak flexi la namanya tu.
p/s/s: Nak tau lebih pasal daily rest? Baca entri ini!
Asslm bang. Saya ada satu soalan. Berapa duit yang abang parking dlm akaun flexi nie? Ada yang saya tnya kena letak rm20k barulah sedap sikit pengurangannya. Betul ke?
ReplyDelete