Surat pajak emas adalah antara dokumen penting dalam simpanan rekod kita (sekiranya anda seorang pemajak). Awal tahun 2013, aku telah "misplace" surat pajak aku beserta slip pembayaran bagi penebusan stok emas tersebut. Al maklum la, siapa yang tak kenal skill penyimpanan rekod dan dokumen aku, memang "superb" sampai aku punya struggle nak cari surat beranak anak aku masa nak daftar sekolah darjah satu baru-baru ini. Gambar Hiasan - Contoh gaya menyusun fail yang bukan aku punya! So, apa korang nak buat kalau surat pajak hilang? 1) Call kedai pajak gadai korang. Cam kes aku sebagai dealer Public Gold, aku pajak emas kat Public Gold branch je, senang! 2) Bagi IC untuk mintak nombor surat pajak. 3) Buat Surat Akuan Berkanun. Surat tersebut mesti menyatakan nombor siri surat pajak dengan jelas. 4) Pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah (Commision of Oath) yang berdekatan dengan anda. 5) Dah setel semua, korang dah boleh pergi tebus balik gold korang. Contoh surat berkanun ...
rindu dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel... bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya... terbang di awan biru rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh.... rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai... masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati... hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu.... reflection oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien...
lama aku tak mengetuk jari jemari ini di papan kekunci. terlalu banyak urusan kerja perlu diutamakan. masa banyak dilabur dan ditabur demi segulung sijil yang aku impikan. ya, satu perjalanan yang lama aku tak catitkan. tak mengapalah. apa pun semangat nak menulis dan berkongsi dalam blog mula bercambah kembali. bila semangat dah datang ni baru seronok nak mengarang... pengalaman masa praktikal, semester terakhir sebelum menamatkan pengajian banyak mempertajamkan skill perkhidmatan pelanggan dan banyak membuka mata dan minda. satu pengalaman yang sememangnya aku dambakan selama ini. bayangkan, satu perniagaan yang tak pernah terlintas difikiran. khemah yang boleh memberikan satu aliran pendapatan dan boleh menjadi sumber pendapatan. seakan satu perancangan dari yang maha esa untuk aku. dalam diam aku bersyukur. disebabkan kebanyakan pengunjung dan tetamu yang datang kebanyakannya berbahasa inggeris, maka masa praktikal ni jugalah menjadi medan untuk aku mengasah kefasihan berkomun...
Comments
Post a Comment