Surat pajak emas adalah antara dokumen penting dalam simpanan rekod kita (sekiranya anda seorang pemajak). Awal tahun 2013, aku telah "misplace" surat pajak aku beserta slip pembayaran bagi penebusan stok emas tersebut. Al maklum la, siapa yang tak kenal skill penyimpanan rekod dan dokumen aku, memang "superb" sampai aku punya struggle nak cari surat beranak anak aku masa nak daftar sekolah darjah satu baru-baru ini. Gambar Hiasan - Contoh gaya menyusun fail yang bukan aku punya! So, apa korang nak buat kalau surat pajak hilang? 1) Call kedai pajak gadai korang. Cam kes aku sebagai dealer Public Gold, aku pajak emas kat Public Gold branch je, senang! 2) Bagi IC untuk mintak nombor surat pajak. 3) Buat Surat Akuan Berkanun. Surat tersebut mesti menyatakan nombor siri surat pajak dengan jelas. 4) Pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah (Commision of Oath) yang berdekatan dengan anda. 5) Dah setel semua, korang dah boleh pergi tebus balik gold korang. Contoh surat berkanun ...
Posting ini khas untuk pelajar uni yang baru grad. Kalau bertuah badan, belajar pun ada penaja. Insya-allah dapat la kerja idaman tu. Kalau tidak, nak kerja apa yer? Sebab-sebab pelajar uni yang grad ni tak dapat kerja yang baik sebab tak cukup soft skills macam tak pandai berkomunikasi, tak presentable dan tak cukup general knowledge. (Refer sini) . Jadi, dah pergi banyak temuduga, masih tak dapat kerja. Apa nak buat? 1. Jadi customer service exe kat call centre atau bank. Sebab kat sana, company akan trainingkan kita cara-cara berkomunikasi yang berkesan dengan percuma saja. Sambil tu dapat pengalaman bekerja. Kerja kat call centre ni shif tapi tak apa la kan, sementara waktu. 2. Jadi salesman/salesgirl especially kat company yang established. Sebab kita akan belajar juga cara-cara komunikasi yang betul, bina keyakinan diri sebab hari-hari kena jumpa pelanggan. Yang paling senang, salesman jual kereta ataupun syarikat telco. 3. Jadi assistant manager kat outlet makanan segera....
rindu dah lama, 2 tahun tak mengembara bersama yang tersayang, walaupun kini aku mengambil jurusan pelancongan dan pengembaraan, rasa nak travel membuak-buak. tapi apakan daya.... kehidupan seorang pelajar agak "mengekang" kebolehupayaan nak travel... bila terpandang koleksi gambar masa travel dulu-dulu, iskk rindunya... terbang di awan biru rindu menghirup udara tempat lain, rindu suasana lapangan terbang, rindu perasaan berada di awan biru di aras 30 000 kaki, rindu deburan ombak... aduhhhh.... rindu hendak meneroka tempat baru sambil merasai makanan tradisi dan suasana lokasi yang belum pernah dilihat dan belum pernah diterokai... masih ada 10 bukan nak menamatkan pengajian dan pertapaan... sabar lah hati... hanya blog ini sahaja yang akan jadi medium melepaskan kerinduan itu.... reflection oh ya, selepas ini bog ini akan menjadi medan untuk aku menulis dan melatih diri untuk salah satu subjek yang agak tough jika anda bukanlah seorang yang suka bercerita dihadapan audien...
Comments
Post a Comment