meriahnya bazaar sempena ramadhan di kota tinggi

seperti lazimnya, bazaar ramadhan  di kota tinggi ddibahagikan kepada 2 bahagian, bazaar basah (juadah dan kuih muih) di tempat letak kereta kip mart, dan bazaar kering (pakaian dan kerepek) di kawasan jalan niaga. dan seperti tahun-tahun lepas, kedua-dua bazaar ini tetap meriah dgn kunjungan mereka yang mahu membeli belah. ada kalanya pengunjung dari singapura dan keluang juga datang berkunjung ke bazaar ini. memang meriah.... tengok sajalah gambar di bawah ni..


memang meriah... dan kemeriahan ini akan berterusan sehingga malam Aidilfitri. pelbagai barangan di jual dan tersedia terutamanya baju melayu dan baju kurung... sempat juga saya berkunjung ke bazaar ini memandangkan bazaar ini terletak di belakang bilik sewa... buka sehingga lewat dan semakin lewat menjelang minggu-minggu terakhir ramadhan..

apa lagi, jika ada bajet lebih untuk raya dan tak sempat menempah baju raya juga hiasan raya, datanglah ke sini... kawasan kedai baru jalan niaga yang terletak dibelakang bangunan yang terdapat hotel bin khalid dan restoren yummy riverside.... selamat membeli belah!

oh ya, entry akan datang kita tgk pula kemeriahan bazaar ramadan untuk juadah di parking kip mart pula....

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!