catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 6
sambungan kisah pelajar senja dari episod 5 aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal. 3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan. sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong da