catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 2

salam... sambungan episod 1 <--- di="" klik="" p="" sini="">
sebelum itu...hari ini aku akan bertolak ke gopeng untuk aktiviti whitewater rafting untuk latih amali subjek rekreasi air... seronok jadi pelajar jurusan pelancongan dan pengembaraan ni... nak tau lebih lanjut mengenai jurusan ini, follow blog ini dan cerita aku jadi student KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI aku akan tuliskan... ingat, usia bukan penghalang, di mana kita bermula tidak penting tetapi di mana akhirnya nanti!

KL kota metropolitan, kota yang penuh dengan cabaran, ruang dan peluang dan juga kota yang penuh noda. di kota inilah aku mula mengenali apa itu "nightlife", kelas, standard dan "fine things". brand, lifestyle, western food and culture, premium coffee, premium cake dan berbagai lagi benda premium... erti kata lain, lifestyle for the riches. Aku memulakan kerjaya aku sebagai waiter di sebuah cafe yang famous dengan kek dan cheese cake nya. mula terdedah dengan hidangan-hidangan yang aku rasa aku boleh mkn 2 hari dengan harga hidangan sebegitu. di situ juga aku mula mengenali dan mengetahui betapa Malaysia amat makmur.

bekerja sebagai waiter, mengambil order, melayan pelanggan yang bukan sahaja pelbagai bangsa, tapi pelbagai latar belakang cara hidup. yang pastinya mereka majoritinya adalah GOLONGAN MENENGAH. di sini aku mula menajamkan skill khidmat pelanggan dan di sini jugalah aku mula menajamkan keyakinan aku untuk berkomunikasi dalam BAHASA INGGERIS! saban hari tergeliat lidah dan otak semata-mata mahu memahami dan berkomunikasi dalam bahasa asing. Alhamdulillah, hari ke sehari kebolehan bertutur semakin baik walaupun aku tahu tatabahasanya tunggang langgang. apa yang penting sebutan, nahu dan lenggok bahasa mestilah penuh keyakinan! itu yang ditanamkan oleh pengurus dan penyelia...

psst.. nak tau tak.. sebenarnya kerja servis ni lah salah satu cara untuk kita bina keyakinan berkomunikasi. hembus je apa yang terlintas dengan penuh yakin. biar kena gelak, jangan malu... kerana itu adalah salah satu cara untuk kita belajar! apapun, pelanggan pun tidaklah "perfect mana" bahasa inggerisnya... asal boleh paham dan mencapai tujuan... TERUSKAN.

bertahun juga aku dalam bidang FnB ni, maka kenal lah aku dengan kek dan kopi premium yang berharga beringgit-ringgit secawan hinggakan kopi di kedai mamak hampir tidak menepati citarasa aku... itupun sebab kopi adalah menjadi "elaun" untuk pekerja selain dari soft drink... apa lagi, BEDALLAH!

setapak demi setapak aku melangkah tangga kerjaya hingga satu masa aku berjaya menduduki satu tangga dibawah in-charge. merasa jugalah memegang tanggungjawab menjaga sebuah kedai dan operasinya serta berhubung rapat dengan pelanggan. alhamdulillah...

hinggalah aku kecewa... apabila aku hanyalah service coordinator tetapi menjalankan tugas seperti seorang MANAGER!

bersambung lagi...... nantikan episod 3


Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!