2016 menjanjikan 1001 peluang dan cabaran, sesungguhnya aku kuat!

salam...

dalam suram dunia blog, dalam sebu blog-blog yang aku follow semakin sepi, begitu juga blog ini yang semakin sendu hidup segan mati tak mahu, gagahkan juga aku menulis, menulis tatkala otak semakin tepu...

2014, aku melangkah berani, memberhentikan diri dari kerjaya yang dah 4 tahun menjadi rutin harian. try to explore myself and put myself into hardness of life. dan ya, mengembara ke dunia kehidupan baru membuatkan aku belajar tentang kesusahan, belajar mengenai cita-cita dan juga mengenali survival kehidupan. aku juga belajar betapa kekuatan mental menjadi tunjang dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar. merasa jatuh bangun kehidupan telah mengajar aku untuk menjadi seorang yang KENTAL.

2015, satu lembaran baru dalam kehidupan, atas sokongan isteri, aku diberi peluang menyambung pelajaran di KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI, mengambil jurusan SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN. satu bidang yang aku tahu banyak permintaan tetapi kurang diberi pendedahan tentang ruang dan peluang. tapi bagus juga, kurang pendedahan bermaksud kurang saingan. tidak seperti kerjaya-kerjaya lain yang mana lambakan graduasi ada di mana-mana.
  ada dikalangan rakan yang pernah bertembung dengan aku, merasa pelik kerana dalam usia seperti aku masih mahu menyambung pelajaran. manakan tidak, mereka telah memiliki ijazah. aku faham, mereka tak sanggup nak menyambung pelajaran kerana telah ada komitmen keluarga dan mungkin juga mereka "trauma" dengan pengajian ijazah...

itu mereka, aku, masih memegang kata-kata, belajarlah hingga keliling dunia sehingga bertemu dengan liang lahad. no limit in learning. dan cita-cita aku, aku mahu belajar sekurang-kurangnya 1 kemahiran setiap tahun. itu cukup memuaskan hati dan alhamdulillah, sebelum aku menamatkan pengajian aku dah belajar 2 kemahiran "kecil" yang mampu memberi pendapatan "besar". Kemahiran berniaga kecil-kecilan burger dan sate. sekurang-kurangnya jika aku "tersepit" aku masih ada jalan keluar. di sini aku nampak kenapa ada peniaga kecil-kecilan mampu menjadi "orang besar" dalam perniagaan. terlalu banyak ruang dan peluang yang boleh direbut di bumi bertuah rupanya...

2016, tahun baru yang menjanjikan 1001 cerita, peluang dan cabaran dalam kehidupan. ibarat terjatuh di dalam air, mampukan kita bertenang, terapung dan terus bernafas? atau kita terus tenggelam dalam arus kehidupan disebabkan kita selesa berada diperahu yang ditarik? terpulang kepada masing-masing. ramai antara kita dididik dengan keselesaan hidup. belajar tinggi-tinggi, dapat segulung ijazah dan akhirnya dapat duduk di kerusi empuk, selesa dan mendapat pendapatan tinggi...
itu yang selalu diserapkan ke dalam kotak pemikiran. HAKIKATNYA, tiada keselesaan dalam hidup, jika mahu selesa dan bermalasan, maka ke bawah kolong dan bawah jambatanlah.sekarang aku faham kenapa pemilik perniagaan memilih kerusi empuk, kerana ia sekadar memberi sedikit keselesaan kepada pemiliknya akibat pelbagai kesakitan yang dialami ketika menjawat jawatan atau menjalankan perniagaan yang dimiliki.

sebulan dua nnt latihan industri menyusul selama 4 bulan. bekerja dengan satu syarikat yang menawarkan aktiviti outdoor. glamping a,k,a galmourous camping di kawasan semulajadi beserta aktiviti-aktiviti outdoor lain semestinya satu pengalaman baru. dah beralih dari bekerja di pejabat berhawa dingin ke alam semulajadi. kisah aku sambung belajar akan diceritakan di entry akan datang...

panjang entri kali ni... semoga 2016 akan menambahbaikkan kehidupan kita. harus diingat, lambakan warga asing di Malaysia bukan kerana kita menjemputnya tetapi kerana mereka dapat melihat wang ringgit yang byk bersepahan. pernah ada warga asing yang berkata, "di Malaysia, duit ada dalam tong sampah" FIKIR-FIKIRKANLAH... usaha dan ikhtiarlah...

Comments

Popular posts from this blog

Surat Pajak Emas Hilang?

teknik pernafasan kempiskan perut

Ansuran Bulanan Rumah yang Tinggi? Gunakan Flexi Loan !!