Posts

catatan pelajar senja: praktikal

lama aku tak mengetuk jari jemari ini di papan kekunci. terlalu banyak urusan kerja perlu diutamakan. masa banyak dilabur dan ditabur demi segulung sijil yang aku impikan. ya, satu perjalanan yang lama aku tak catitkan. tak mengapalah. apa pun semangat nak menulis dan berkongsi dalam blog mula bercambah kembali. bila semangat dah datang ni baru seronok nak mengarang... pengalaman masa praktikal, semester terakhir sebelum menamatkan pengajian banyak mempertajamkan skill perkhidmatan pelanggan dan banyak membuka mata dan minda. satu pengalaman yang sememangnya aku dambakan selama ini. bayangkan, satu perniagaan yang tak pernah terlintas difikiran.  khemah yang boleh memberikan satu aliran pendapatan dan boleh menjadi sumber pendapatan. seakan satu perancangan dari yang maha esa untuk aku. dalam diam aku bersyukur. disebabkan kebanyakan pengunjung dan tetamu yang datang kebanyakannya berbahasa inggeris, maka masa praktikal ni jugalah menjadi medan untuk aku mengasah kefasihan berkomun...

aku masih ingin berblogging

dah berbulan aku tinggalkan arena blog ni. kesuntukan masa, tumpuan lebih kepada media sosial dan kerja membuatkan aku alpa dan lupa kepada blog yang pernah menjadi tempat untuk bercerita dan meluahkan rasa. mungkin media sosial menjadi tapak yang paling pantas dan mudah,  maka aku terus hanyut dan terus lupa untuk mengemaskini blog yang semakin bersawang dan berdebu. lama mana pun ditinggalkan, aku tetap rindu dengan blog. walaupun ada ketikanya aku mahu mengetik papan kekunci, ayat dan idea aku terbantut dan terus melupakan hasrat untuk bercerita. mungkin penghujung 2016 menjadi titik tolak aku menyambung hasrat untuk terus berblog... selagi nafas dihela, selagi itu akan ada garis permulaan. cuma, adakah garis permulaan itu menjadi garis permulaan yang panjang atau ianya hanya garis permulaan untuk garis permulaan yang lain...

aktiviti kolej terakhir, mini tourism skills challenge, sneak peek hadiah pertandingan

Image
program terakhir pelajar kelas semester 3 (akhir) kolej komuniti kota tinggi, untuk subjek ko kurikulum (sukan). hadiah hadiah yang akan diberikan kepada peserta... lumayan wooo... program yang diberi nama mini tourism challenge, direka untuk mendedahkan pelajar mengaplikasikan dan berkongsi pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka di kolej. detail pertandingan masih dirahsiakan... tunggu hari pertandingan lah ye.....

jb tour, hari ni jadi pelancong

kami pelajar pelancongan! hari ni di "paksa rela" untuk menyertai program jb tour untuk pelajar semester 2 untuk subjek komentar pemandu pelancong. satu subjek yang mendedahkan pelajar untuk merasai bagaimana menjadi seorang pemandu pelancong Dan merasai pengalaman membawa pelancong. Dan hari ini, kami pelajar semester menjadi pelancong disebabkan tiada tugasan yang diberikan... ha-ha jadi hari ini kami hanya "enjoy Dan bergembira" walaupun hampir sepanjang masa lawatan hanya berada di dalam bas, sudah pasti kami hanya akan bergembira menikmati perjalanan sambil menyaksikan pelajar semester 2 membuat komentar. selepas habis lawatan nanti aku ceritakan pengalaman sepanjang lawatan ini... bersambunglah...

jimat sehingga 70 peratus kos membawa bagasi berlebihan ketika travel ke luar negara.

melancong keluar negara, dah tentu banyak cenderahati dan cenderamata juga kiriman dari kawan-kawan kan. yang kirim macam-macam barang, belum lagi yang kaki shopping atau ke luar negara sememangnya nak shopping... tapi bila nak balik, dari satu beg kecil yang mungkin beratnya tak sampai 5kg, dah melambak sehingga berbeg-beg jumlahnya.... dan menambah masalah lagi, baggage allowance untuk syarikat penerbangan kebiasaanya hanyalah 25kg! dah tentu, excess baggage menjadi satu masalah bila kita nak membawa pulang, dah terfikir pula caj yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan jika kita check in beg-beg tadi. mana tidaknya, bekalan wang yang dibawa sudah hampir habis. adakah korang sanggup membayar caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan? sudah tentu tidak kan... mahu menghantarnya menggunakan perkhidmatan courier, cajnya mungkin masih mahal, jadi apa alternatif terbaik? jawapan ini aku dapat ketika dalam pengajian. perkongsian oleh pensyarah yang dah biasa mengurus dan membawa pe...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 6

sambungan kisah pelajar senja dari episod 5 aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal. 3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan. sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong da...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 5

sambungan dari episod 4... terhenti seketika kisah catatan seorang pelajar senja, pemergian ibu ketika program di KLIA benar-benar menghentikan mood aku nak menaip... buntu, terkejut, tersebak, dan kesibukan membantu adik beradik lain dalam menguruskan majlis tahlil membataskan jejari ni nak menaip.... sebelum aku teruskan menaip, Al-Fatihah buat arwah... yang pergi akan pergi, yang tinggal teruskan kehidupan hingga tiba masanya untuk pergi... cukuplah titisan air mata... bina semangat baru, kejarlah cita-cita. cukup.. kita fokuskan dengan dengan sambungan di episod 5, morning star plan, bila merasakan tiba masa untuk keluar dari keadaan. kerja dicari dan aku... bersedia untuk menyambung pengajian. panggilan ketika aku mandi pagi benar-benar membuatkan aku mengusap lega. tercapai juga cita-cita aku nak sambung belajar walaupun hanya di peringkat sijil!.panggilan dari pihak kolej komuniti benar-benar membuatkan aku rasa teruja untuk menyambung pelajaran aku yang dah berbelas tahun terta...

al fatihah, satu kehilangan

22 januari 2015.... alfatihah utk ibu... ibu pergi dengan tenang... tenang wajahmu tatkala aku mengucup dahimu... aku sebak.... belum aku sempat berkongsi kejayaan ku menggenggam segulung sijil... segulung sijil yg aku mahu jadikan hadiah... demi sebuah senyuman... senyuman yang terukir di wajahmu... sesungguhnya aku mahu kau merasa bangga... yang anakmu mampu menebus kegagalannya... ibu... aku tahu aku bukanlah seorang anak yang baik... tetapi aku mahu menjadi seorang yang lebih baik... ibu... ku tahan titisan air mata... aku tidak mahu menangis tatkala menatap wajahmu... buat kali terakhir... walaupun hati ku menangis kesebakkan... ibu... tenanglah dikau.. dipayungi rahmat yg Maha Esa Al Fatihah...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 4

Image
sambungan dari episod 3 hari ini kami memulakan perjalanan untuk lawatan teknikal di KLIA2, juga untuk latih amali pengangkutan pelancongan (pelajar semester 2) dan subjek tempahan dan tiketan (assignment operasi di lapangan terbang). beginilah pelajar sijil pelancongan di kolej komuniti... baiklah... teruskan dengan sambungan kisah sentap.... kisah sentap tu menyebabkan aku membulatkan tekad untuk aku terus melangkah. walaupun teragak-agak, aku bulatkan tekad untuk aku berhenti! aku tak sanggup lagi.... apatah lagi bila kata-kata ini tengiang-ngiang di telinga.... "kalau pergi kerja pun terpaksa seret kaki, lebih baik berhenti!" dan ditambah dengan video motivasi ini... YES!!! i dare to dream!! wake up and go out of you comfort zone! masa tu aku berkira-kira untuk berniaga.. tak kisahlah, nak berniaga apa pun... but... ermm its fails with flying darkness! terus aku switch to 2nd option, JUAL BARANG ANTIK!, nasib baik aku pernah berkenalan dengan seorang peniaga barang antik ...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 3

salam..... sambungan dari episod 2, hari ini aku berada di gopeng, amali subjek rekreasi air, whitewater rafting atau bahasa melayunya... berakit arus deras... nanti aku ceritakan kisah berakit ni.... selepas beberapa tahun "melayan" menjadi seorang "pengurus kedai", aku mulai bosan dan mula mencari-cari peluang lain... pelbagai temuduga aku hadiri namun... tiada yang tersangkut hinggakan terpandang satu iklan, MEDIA MONITORING... amende tu...terai google... NADA! NIL! EMPTY!... rasa ingin tahu membuak2... apa lagi, terus apply... beberapa hari lepas tu aku dapat satu email dan panggilan telefon. PANGGILAN untuk temuduga.... sewaktu temuduga barulah aku tahu ape bendanya media monitoring ni... terangguk2 aku dengar penerangan interviewer tu... owhhh camtu... kali ni aku takmau nak cerita lanjut ape bendanya media monitoring ni... yang nyatanya ianya adalah "to monitor mass media for news, article, tv and programs as well as advertising for client and will be cl...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 2

salam... sambungan episod 1   sebelum itu...hari ini aku akan bertolak ke gopeng untuk aktiviti whitewater rafting untuk latih amali subjek rekreasi air... seronok jadi pelajar jurusan pelancongan dan pengembaraan ni... nak tau lebih lanjut mengenai jurusan ini, follow blog ini dan cerita aku jadi student KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI aku akan tuliskan... ingat, usia bukan penghalang, di mana kita bermula tidak penting tetapi di mana akhirnya nanti! KL kota metropolitan, kota yang penuh dengan cabaran, ruang dan peluang dan juga kota yang penuh noda. di kota inilah aku mula mengenali apa itu "nightlife", kelas, standard dan "fine things". brand, lifestyle, western food and culture, premium coffee, premium cake dan berbagai lagi benda premium... erti kata lain, lifestyle for the riches. Aku memulakan kerjaya aku sebagai waiter di sebuah cafe yang famous dengan kek dan cheese cake nya. mula terdedah dengan hidangan-hidangan yang aku rasa aku boleh mkn 2 hari dengan harga...

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 1

salam, para follower yang biasa baca blog aku ni mungkin perasan yang aku ni seorang pelajar, seseorang yang kembali memakai kad matrik dan mengambil jurusan peringkat sijil. kenapa aku menyambung pelajaran? banyak kisah dan pengalaman yang dilalui ketika bekerja dahulu betul2 membuka mata dan menyentap hati dan perasaan. nanti aku ceritakan perkara tu lepas ni. kita sedia maklum, zaman muda2 dulu memang tak dinafikan ramai yang tenggelam dalam kehidupan seharian. tenggelan demgan cita-cita dan kehendak diri. akhirnya ramai antara kita terus hanyut. belajar ke mana, cita-cita ke mana. maka ke dunia pekerjaanlah kita terjun. bukanlah satu kisah pendek, dan bukan juga satu kisah panjang 1001 malam. akan tetapi, kisah  2 dekad ini banyak mengajar aku pengalaman hidup. pengalaman yang amat bernilai dan takkan dapat dibeli di kedai. aku mulakan dengan kisah, aku seorang kolej dropout! selepas spm, aku bukanlah seorang yang mempunyai keputusan yang "warna berterbangan (flying colour?)...

2016 menjanjikan 1001 peluang dan cabaran, sesungguhnya aku kuat!

salam... dalam suram dunia blog, dalam sebu blog-blog yang aku follow semakin sepi, begitu juga blog ini yang semakin sendu hidup segan mati tak mahu, gagahkan juga aku menulis, menulis tatkala otak semakin tepu... 2014, aku melangkah berani, memberhentikan diri dari kerjaya yang dah 4 tahun menjadi rutin harian. try to explore myself and put myself into hardness of life. dan ya, mengembara ke dunia kehidupan baru membuatkan aku belajar tentang kesusahan, belajar mengenai cita-cita dan juga mengenali survival kehidupan. aku juga belajar betapa kekuatan mental menjadi tunjang dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar. merasa jatuh bangun kehidupan telah mengajar aku untuk menjadi seorang yang KENTAL. 2015, satu lembaran baru dalam kehidupan, atas sokongan isteri, aku diberi peluang menyambung pelajaran di KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI, mengambil jurusan SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN. satu bidang yang aku tahu banyak permintaan tetapi kurang diberi pendedahan tentang ruang dan pe...

benarkah ini model gantian perodua kenari? macam alphard dalam skala mini!

Image
comel! reka bentuk seakan alphard tapi skala kecik.... nak satu!

motivation: your life, you decide: don't hold until you looose control

Image
Put a frog into a vessel fill with water and start heating the water. As the temperature of the water begins to rise, the frog adjust its body temperature accor dingly. The frog keeps adjusting its body temperature with the increasing temperature of the water. Just when the water is about to reach boiling point, the frog cannot adjust anymore. At this point the frog decides to jump out. The frog tries to jump but it is unable to do so because it has lost all its strength in adjusting with the rising water temperature. Very soon the frog dies. What killed the frog? Think about it! I know many of us will say the boiling water. But the truth about what killed the frog was its own inability to decide when to jump out. We all need to adjust with people & situations, but we need to be sure when we need to adjust & when we need to move on. There are times when we need to face the situation and take appropriate actions. If we allow people to exploit us physically, emotionally, financia...

awas, jangan melawak dengan polis, buruk padahnya

Image
hormatilah mereka yang menguatkuasakan undang-undang... jangan silap melawak... tak ke mana nnt, tak perlulah acah alim macam pencetus ummah atau imam muda... salah tetap salah....

iklan kelakar, kalah "kuputey" ko, acah-acah frozen gitu

Image
awas, mungkin anda akan murung jika menonton video ini, "kuputey" ke, funfaire and luvly ke, semua tak sehebat iklan ni... nakal sungguh imaginasi diorang...

bangla ni menjawap panggilan yang menyebabkan dia menggelupur, jom lihat kesudahannya

awas ye, jangan menjawab panggilan ketika menggosok baju, ada padah yang menanti... boleh gelak guling-guling sibuatnya...hahaha

gara-gara typo, kesian

Image
aduh... kesian bila salah hantar... masuk wad dibuatnya....

Laporan CCRIS jadikan Aku Jutawan Hutang !!

Image
Salam hormat wahai reader2. Salam Maal Hijrah. Apa khabar? Aku missing in action selama 4 bulan, sebab takde idea nak menulis. Bulan lepas aku saja-saja singgah kat Bank Negara (BNM) lepas baca orang punya post pasal CCRIS. So, aku pon nak jugak tengok rupa laporan CCRIS aku, samada keadaan kewangan masih sihat atau sebaliknya. Untuk ke BNM ni, orang boleh pakai Waze kalau nak drive pergi BNM @ KL ni atau kalau malas nak drive, boleh ambil KTM Komuter, stop kat stesen Bank Negara. Pastikan korang ada bawak MyKad. Sampai kat pintu masuk lobi, pergi ke belah kanan. Korang dah boleh jumpa Kiosk CCRIS ni. Pergi kat kiosk, ikut arahan mesin, masuk MyKad, letak ibu jari tangan (bukan ibu jari kaki ye!!) dan taadaa..report keluar. Macam kiosk EPF jugak. Pintu masuk BNM Begini rupanya mesin kiosk CCRIS. Masuk MyKad, letak jari, report mari!! Report CCRIS page 1. Angka 0 yang banyak2 belah kanan tu menunjukkan aku ni pembayar hutang yang baik, takde tunggakan.  CCRIS report page 2, page yan...