Posts

Best ke jadi UTC

Best sangat ke jadi UTC? Soalan dari rakan lama kepada saya. Jawapan saya : Tengok la apa sebab nak jadi UTC. Orang jadi UTC ni banyak sebab. Kalau nak jadi UTC sebab duit semata-mata. Memang tak berapa best. Best lagi kot buat bisnes jual-jual barang. Especially barang-barang pompuan macam pakaian atau aksesori,memang laku punya. Best lagi bisnes jual kereta ker. Jual rumah ker. Best lagi jadi bos besar. Goyang kaki kat pejabat suruh semua orang buat kerja. Paling senang, pergi kawin dengan pakcik-pakcik yang kaya raya tu. Kalau nak jadi UTC sebab nak masa kerja yang fleksibel, yang boleh dirancang sendiri, yang tiada bos nak tengking sana sini. Best jugak la jadi UTC ni. Kita boleh merancang masa kerja, jumlah kerja dan juga berapa jumlah pendapatan kita sendiri. Tapi kalau memang penyakit malas lebih, memang tak best la. Kalau jadi UTC sebab niat nak tolong orang. Tolong orang simpan duit. Tolong orang planning duit dorang. Share knowlegde pasal financial plannnin...

Selamat Berpuasa Ramadan

Image
Kepada semua rakan-rakan, semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada semua.

Harta Yang Paling Berharga

Image
Apa harta yang paling berharga dalam hidup? Setiap orang mesti ada senarai masing-masing. Setiap orang yang saya kenal berkata harta yang paling berharga adalah anak-anak. Setiap ibu bapa yang saya kenal berkata orang yang paling disayangi ialah anak-anak. Kemudian perkara kedua perkara lain seperti keluarga (pasangan atau ibu bapa). Perkara ketiga barulah kerjaya atau bisnes masuk dalam senarai perkara/harta yang berharga. Jadi, apakah nilai RM100 untuk yuran ASTRO dibandingkan simpanan untuk masa depan anak kita? RM100 jika disimpan tetap secara bulanan boleh menyediakan wang yang cukup untuk anak kita melanjutkan pelajaran tanpa pinjaman pelajaran yang membebankan anak kita sendiri selepas mereka graduate. Kita dah sediakan dua payung untuk anak kita dengan RM100. Pertama, payung untuk sambung belajar sebab tiada jaminan anak kita dapat pinjaman atau biasiswa pelajaran. Payung kedua ialah tiada beban bayar hutang pinjaman sebab tiada jaminan juga anak kita akan dapat gaji yang besar...

Kategori UTC Yang Best

Image
UTC dalam industri amanah saham ini ada beberapa kategori. Ada yang best, ada yang tak best. Selalu kita dengar, UTC yang dah kita pilih untuk buat pelaburan dahulu dah tak aktif atau ditamatkan kontrak, itu kategori UTC tak best.  Jadi, siapa pula nak memantau pelaburan kita tu? Pening ok. Jadi macam mana nak pilih kategori UTC yang best..yang bukan jenis chipsmore..'Kejap ada, Kejap tak ada..' Kategori 1 : UTC Sepenuh Masa, Bukan Pelabur. UTC kategori ini memang memilih kerjaya UTC sepenuh masa. Tetapi jangan konfiden lagi, cuba tanya UTC ini apa yang motivatekan beliau untuk menjadi UTC? Dan yang paling penting adakah beliau melabur? Cara beliau bercakap berkenaan pelaburan penuh dengan passion dan knowledge sharing atau just memang nak push kita melabur? Biasanya UTC kategori ini memilih untuk menjadi UTC sebab duit. Beliau mungkin melabur atau mungkin tidak. UTC ini akan push kita untuk melabur sebab itulah motivasinya sebagai UTC. Banyak UTC...

Kisah Bapa Yang Luar Biasa

Image
Saya ingin berkongsi pandangan Saudara Saiful Nang dalam blog ini. Saudara Saiful Nang adalah pelopor bidang fotografi dan beliau adalah antara yang terbaik dalam bidang ini. Izinkan saya berkongsi tulisan hebat 'Saiful Nang : Saya Bapa Yang Malu Meminta-Minta' Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan. Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swa...

Jom Jadi Orang Luar Biasa.

Image
Percaya tak dalam hidup kita ini kita boleh pilih untuk gembira untuk sedih untuk stress untuk bahagia dan untuk segala-galanya. Rahsianya??? Sikap dan cara kita berfikir. Sebagai pelajar, bila ditanya kenapa perlu belajar bersungguh-sungguh? Jawapan orang biasa : Mak saya suruh belajar. Jawapan orang luar biasa : Saya nak cari ilmu banyak-banyak dan berkhidmat dengan masyarakat. Sebagai fresh grad, bila ditanya kenapa masih menganggur? Jawapan orang biasa : Dah apply, tapi dapat kerja semua tak best, shif pulak, gaji pun kecik. Tak padan dengan penat belajar. Jawapan orang luar biasa : Dah apply, dah dapat kerja bahagian customer service pun. Ingat nak kerja dulu 1-2 tahun belajar communicate dengan berkesan. Sebagai pelayan di fast food restoran, ditanya kerja apa dan best tak kerja situ? Jawapan orang biasa : Ala, kerja waiteres jek. Penat kerja dari pagi sampai malam. Jawapan orang luar biasa : Saya kerja di ***. Kerja memang penat tapi seronok jumpa banyak ...

Tanam Pokok Duit

Image
Saya ingin menceritakan berkenaan seorang adik ini sebab kagum dengan adik ini, dan merasakan ingin berkongsi kisah adik ini. Adik ini dinamakan sebagai A, menghubungi saya melalui sms. Adik A ingin melabur sebanyak RM10,000 dan bulanan banyak RM300 selama 25 tahun. Jadi beliau mencari seorang konsultan yang juga pelabur supaya boleh mengurus dan memantau pelaburannya untuk jangkamasa yang panjang. Dalam komunikasi kami, banyak kali saya bertanya untuk pengesahan umurnya yang 17 tahun itu, anggapan saya mungkin A tersilap taip. Tapi selang waktu sebulan dua, saya tanya kembali, umurnya tetap 17 tahun. Sekarang melabur dengan fund house lain yang di JV bersama ibunya. Adik ini bekerja sendiri, mempunyai bisnes kecilan jadi boleh menyimpan RM300 sebulan bagi persediaan persaraan..(Bukan bisnes ceti haram yerr..). Apa yang saya kagum ni, walaupun adik ini berumur 17 tahun, beliau dah buat persediaan untuk pelaburan jangka masa panjang. Pada perkiraan kasar saya, adik ini aka...