Posts

kita sibuk memaki mereka tidak prihatin tetapi kita?

post kali ni agak emosi, emosi dengan kebodohan mereka yg aktif berpolitik.... semak! bodoh dan dangkal ibarat "dongkey" yang asyik berbunyi... aduhh cukuplah... ramai yg dok kondem org tu tak prihatin dan orang ni kurang prihatin, TETAPI, mereka-mereka inilah yang sedang di waktu lainnyamenggunakan ID peribadi yang lain sibuk MENGUPLOAD gambar2 gembira dan prihatin mereka di lokasi PERCUTIAN! wah....sunggu prihatin ya wahai BIAWAK.... patutlah berpolitik mcm tak ke mana, yang dikutuk dan dihina tu lah terus-terusan duduk di tampuk sedangkan pemimpin yang disokong terus2san terduduk... atau mungkin pemimpin itu hanya "selesa duduk dan memekak" bersama barisan "pengipas susah mati" ... paling menarik, hanyalah alasan,alasan dan alasan.... mahu sahaja aku sumpah jari mereka keras 7 keturunan dan mulut mereka BISU, lebih baik diam dari hidup menjadi BIAWAK hidup. mood: malas, disebabkan belum ada kesempatan nak menyumbang, aku memilih untuk tidak komen yg bur...

2014, tahun penuh pancaroba, 2015 ku mengharap sinar di hujung terowong yang gelap

2014 semakin menerjah ke penghujungnya. tak sampai beberapa hari lagi kita akan meninggalkannya. sesungguhnya tahun inilah aku menghadapinya dengan penuh pancaroba.kejayaan dan kegagalan sering bersilih ganti. roda kehidupan aku terus berputar laju. terlalu jelas kesan kedudukan atas dan bawahnya kehidupanku. apa yang berlaku, biarlah aku dan orang paling rapat yang mengetahuinya. aku masih dalam fasa belajar. aku masih dalam fasa bertatih. banyak ujian dan peperiksaan kehidupan aku perlu hadapi. faktor persekitaran, cita-cita, faktor diri, faktor minda faktor luar dan bermacam faktor x,y dan z dalam matematik kehidupan yang perlu di jawab secara subjektif, objektif dan uga pengiraan. tahun ini juga fizikal dan mental diuji. entahlah, emosi juga sering diuji. Alhamdulillah, aku masih teguh dan belum lagi roboh. walau ada ketikanya mahu saja aku lari dalam hutan bersenggama dengan alam sekitar tanpa ada orang lain yang menganggu. aku bukanlah seorang yang pentingkan diri. aku masih ada ...

tips survival diet di majlis buffet dan musim perayaan

bila membicarakan tentang diet dan menurunkan berat badan, majlis makan secara buffet dan musim perayaan semestinya menjadi satu cabaran yang maha hebat. dengan pelbagai makanan dan minuman terhidang dan sedia untuk dimakan pada bila-bila masa, selera yang selama ini DITUMPULKAN sudah pasti menjadi lebih kreatif dan lebih berinovatif untuk menjahanamkan usaha keras selama ini. jadi bagaimana hendak menyelamatkan program diet? seharusnya kita sendiri memjadi lebih kreatif, mungkin ramai yang tidak percaya, saya akan bangun mengambil makanan tak kurang dari 4 kali sebelum saya berhenti. mesti ramai tertanya-tanya, berapa banyak saya makan jika sampai 4 kali saya bangun untuk menambah makanan. saya boleh katakan, agak banyak dan cukup kenyang! di sinilah seharusnya kita menjadi lebih kreatif, tak salah jika anda mahu merasai kesemua hidangan yang dihidangkan. ada caranya, anda boleh mengaplikasikan strategi, "portion control" dan "calory counting". dan paling penting ...

teknik pernafasan kempiskan perut

perut boroi bukan mudah nak kempiskan. tak caya tanya kepada mereka yang gembira dan boroi. hehe... jangan marah kengkawan yang terlibat. taknak terasa tau. teknik pernafasan juga penting. teknik yang saya akan ajarkan dapat membantu untuk menguatkan otot perut. otot yang longgar hanya akan menyebabkan perut bertambah boroi. kesan berganda akan didapati jika diamalkan bersama senaman sit up. tekniknya amat mudah... boleh dilakukan bila-bila masa. di mana sahaja. asas kiraan 10. perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung sambil mengempiskan perut dalam kiraan 10, tahan perut dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut tanpa melepaskan perut yang ditahan tadi juga dalam kiraan 10. ulang sebanyak mana yang boleh. selepas beberapa kali melakukan teknik ini, kesan otot perut menegang dapat dirasai. secara tak langsung, anda mula membina six pack dan mula membuang single sack. mudah bukan, itulah tummy tuck breathing technique yang saya sedang amal...

to many cheat, only to get less result

Image
hari ini... genaplah seminggu setelah saya menimbang dan bergembira dengan kejayaan saya menurunkan berat badan. namun,saya tertewas dengan cheat yang saya cipta. tewasnya saya tanpa dapat menurunkan walau sekilo. hari ini adalah hari untuk saya menimbang berat. rasa berdebar tetap ada. apa kan daya... kurang bersenam barang kali. apa yang nyata, program festival perkahwinan dengan hidangan percuma telah menjebakkan saya dengan cheat yang tak sepatutnya. takpelah... mungkin pengajaran untuk kali ini. jangan terlalu byk cheat. pengajaran juga untuk sesiapa  yang hendak mencuba diet cara ini. walau apa pun, tempoh seminggu akan datang saya akan berusaha lebih keras lagi. double up effort. 2 kg mungkin? tunggu sahaja minggu depan ye... dan kalau ada tip dan trick lagi, saya akan coretkan. ps: wife sedang bergembira. saiz seluar terbarunya adalah 33 walaupun beratnya bertambah 1kg lagi. wah.. terus cabar siapa lebih cepat turunkan berat. heheh berat dah sama.... 71kg.

saya semakin kurus, petua untuk menurunkan berat badan dengan mudah melalui hipnosis, hanya untuk mereka yang betul-betul berani

Image
lama rasanya tak menaip, takde mood akhir-akhir ni. fikiran agak serabut memandangkan 2014 semakin meninggalkan kita. fuhhh, banyak cabaran dan dugaan sepanjang tahun ni. rasanya tak perlu diluahkan dan biarlah ianya berkubur dan menjadi sesuatu yang berguna demi untuk saya meneruskan hidup di muka bumi Allah ni. berbalik kepada tajuk, ya, memang saya semakin kurus. jika dulu jika membeli seluar memanglah saiz sekitar 34 ke 36 inci, sekarang saya dah boleh memakai seluar bersaiz 32! cukup gembira, begitu juga dengan berat badansaya, sebelum ni saya tak pernah turun di bawah 75kg dan pernah mencapai 80kg. tapi bukan kerana cabaran yang sering mengganggu kehidupan, tapi memang saya mula mengamalkan cara pemakanan yang agak berbeza dari kebiasaan. untuk rekod, kebiasaannya bilamana saya berhadapan masalah dan cuba mencari penyelesaiannya, saya akan bertemankan teman yang amat setia iaitu.... MAKANAN... tak lupa juga beberapa gelas teh tarik dan teh ais juga kadang-kadang teh o ais. bila d...

Menyelami masalah kewangan IKAN!

Image
Aku ada dapat email dari seorang pembaca blog yang sudi berkongsi status kewangan beliau dan minta aku fikirkan. Beliau seorang perempuan dan merupakan kakitangan kerajaan (but sudah jadi bini orang....hmmm). Emailnya berbunyi begini. Panjang kan cerita dia ni, so aku kelaskan soalan dia kepada beberapa perenggan untuk mudah aku jawab. Ni jawapan aku untuk cik puan ikan ni. Perenggan no 1: Bayar lebih untuk setel hutang honda City.  Bayar lebih hanya mencepatkan bayar hutang, tapi TIDAK menjimatkan interest. Untuk makluman, hutang kereta adalah ditetapkan masa kita sign loan, sebab loan kereta adalah FLAT rate! Kalau jumlah loan + interest adalah RM 50K, u kena bayar RM 50k jugak. Cara cepat nak setel hutang kereta, jual je kereta tu! Perenggan no 2: Tiada dana kecemasan tapi ada emas RM 30k. Aku rasa untuk tujuan dana kecemasan, puan masih perlukan cash. Sebab kalau perlu duit tengah2 malam, bila masa nak pegi pajak emas. Gunakan duit extra RM 500 bayar kereta tadi, masuk dalam da...