Top up ASB hujung bulan, bukan selain hujung bulan!
Diam tak diam, hari ni dah masuk hujung bulan dah (kalendar Masehi ye!). Sesiapa yang bekerja makan gaji sudah pasti sudah menerima gaji bulanan masing-masing hasil penat lelah mereka bekerja selama 30 hari. Tidak kurang jugak ada di antara kita di luar sana yang kembali kepada gaya hidup 'paling asas' mereka selepas 10 hari dapat gaji kerana duit hasil titik peluh mereka bulan lepas telah habis ditelan zaman. Simptom-simptom mereka kembali ke gaya hidup 'paling asas' amat mudah dikesan seperti makan sekali sehari, menelan mee maggi hari-hari, buat muka kesian pinjam duit dari keluarga dan kawan, sementara menunggu gaji masuk pada bulan seterusnya, jelas menunjukkan betapa kroniknya kewangan mereka. (ni pengalaman aku sendiri ye. Mujur ada kawan merangkap banker peribadi aku Cik Niza bagi pinjam duit RM 300 tiap-tiap bulan..hehe). Gambar hiasan (Ni kira ok lagi. Kalo housemate UTP aku dulu, En. Khai, dia masak dalam baldi) So bro, lu nak citer apa sebenarnya ni? Cukup